Monday, March 7, 2011

Keputusan rasmi PRK DUN Kedau - Syabas BN dan Alhamdulillah

Pastikan YB Syed Ibra dan Yb Roslan beri perkhidmatan terbaik kepada pengundi.


UNDI POS
BN 39 PAS 11 ROSAK 1 MAJORITI 28 JUMLAH 51

BALAI RAYA KG. SERI TANJONG
SALURAN 1 : BN 146 PAS 55 ROSAK 4 MAJORITI 91 JUMLAH 201

SEK KEB KERDAU
SALURAN 1 : BN 152 PAS 103 ROSAK 4 MAJORITI 49 JUMLAH 458
SALURAN 2: BN 155 PAS 144 ROSAK 3 MAJORITI 11 JUMLAH 302

SEK KEB JENGKA 22
SALURAN 1 : BN 182 PAS 94 ROSAK 5 MAJORITI 88 JUMLAH 281
SALURAN 2 : BN 224 PAS 94 ROSAK 2 MAJORITI 130 JUMLAH 320
SALURAN 3 : BN 183 PAS 94 ROSAK 2 MAJORITI 89 JUMLAH 279

SEK KEB PAYA TARAM
SALURAN 1 : BN 184 PAS 83 ROSAK 9 MAJORITI 101 JUMLAH 276
SALURAN 2: BN 244 PAS 133 ROSAK 4 MAJORITI 111 JUMLAH 381

SEK KEB TELUK SENTANG
SALURAN 1 : BN 297 PAS 226 ROSAK 5 MAJORITI 71 JUMLAH 526

SEK KEB KUALA KEKAL
SALURAN 1 : BN 241 PAS 64 ROSAK 5 MAJORITI 177 JUMLAH 310

DEWAN SERBAGUNA RUMPUN MAKMUR
SALURAN 1: BN 199 PAS 51 ROSAK 7 MAJORITI 148 JUMLAH 257
SALURAN 2: BN 213 PAS 108 ROSAK 0 MAJORITI 105 JUMLAH 321

SEK KEB JENGKA 25
SALURAN 1: BN 307 PAS 43 ROSAK 1 MAJORITI 264 JUMLAH 351

SEK KEB JENGKA 23
SALURAN 1: BN 236 PAS 95 ROSAK 3 MAJORITI 141 JUMLAH 334
SALURAN 2: BN 390 PAS 133 ROSAK 7 MAJORITI 257 JUMLAH 530
SALURAN 3: BN 293 PAS 177 ROSAK 8 MAJORITI 116 JUMLAH 482

SEK KEB PULAU PASIR MANDI
SALURAN 1: BN 144 PAS 108 ROSAK 2 MAJORITI 36 JUMLAH 254

BALAI RAYA KERAI
SALURAN 1: BN 286 PAS 44 ROSAK 5 MAJORITI 242 JUMLAH 335

SEK KEB LIPAT KAJANG
SALURAN 1: BN 243 PAS 99 ROSAK 4 MAJORITI 144 JUMLAH 346

SEK MEN KEB KERDAU
SALURAN 1: BN 204 PAS 93 ROSAK 6 MAJORITI 111 JUMLAH 33
SALURAN 2: BN 267 PAS 132 ROSAK 2 MAJORITI 135 JUMLAH 401
SALURAN 3: BN 227 PAS 152 ROSAK 2 MAJORITI 75 JUMLAH 381


JUMLAH KESELURUHAN : 
PAS - 2336 
BN - 5060 
BN MENANG MAJORITI 2724

Keputusan rasmi PRK DUN Merimau - Syabas BN dan Alhamdulillah

Kemenangan bergaya... pastikan YB Roslan beri perkhidmatan terbaik kepada pengundi Merlimau


UNDI POS
BN 46 PAS 2 ROSAK 14 MAJORITI 44 JUMLAH 62

MERLIMAU UTARA
SALURAN 1: BN 328 PAS 110 ROSAK 10 MAJORITI 218 JUMLAH 448

MERLIMAU PASIR
SALURAN 1: BN 217 PAS 79 ROSAK 6 MAJORITI 138 JUMLAH 306
SALURAN 2: BN 334 PAS 159 ROSAK 5 MAJORITI 175 JUMLAH 498
SALURAN 3: BN 327 PAS 110 ROSAK 2 MAJORITI 217 JUMLAH 467
SALURAN 4: BN 340 PAS 115 ROSAK 3 MAJORITI 225 JUMLAH 458

AYER MERBAU
SALURAN 1 :BN 200 PAS 68 ROSAK 7 MAJORITI 132 JUMLAH 275
SALURAN 2 :BN 298 PAS 109 ROSAK 1 MAJORITI 189 JUMLAH 408

CHINCHIN
SALURAN 1 : BN 204 PAS 49 ROSAK 17 MAJORITI 155 JUMLAH 270
SALURAN 2 : BN 349 PAS 123 ROSAK 9 MAJORITI 226 JUMLAH 481
SALURAN 3 : BN 291 PAS 135 ROSAK 9 MAJORITI 156 JUMLAH 435
SALURAN 4 : BN 291 PAS 127 ROSAK 5 MAJORITI 164 JUMLAH 423

JASIN LALANG
SALURAN 1 : BN 196 PAS 35 ROSAK 10 MAJORITI 161 JUMLAH 241
SALURAN 2 : BN 256 PAS 48 ROSAK 3 MAJORITI 208 JUMLAH 307

PERMATANG SERAI
SALURAN 1 :BN 189 PAS 85 ROSAK 1 MAJORITI 104 JUMLAH 275
SALURAN 2 : BN 339 PAS 140 ROSAK 6 MAJORITI 199 JUMLAH 480
SALURAN 3 : BN 305 PAS 126 ROSAK 5 MAJORITI 179 JUMLAH 436
SALURAN 4 : BN 313 PAS 112 ROSAK 2 MAJORITI 201 JUMLAH 487

PENGKALAN SAMAK
SALURAN 1 : BN 204 PAS 70 ROSAK 6 MAJORITI 134 JUMLAH 280
SALURAN 2 : BN 314 PAS 177 ROSAK 6 MAJORITI 137 JUMLAH 497
SALURAN 3 : BN 283 PAS 185 ROSAK 6 MAJORITI 98 JUMLAH 474
SALURAN 4 : BN 338 PAS 127 ROSAK 2 MAJORITI 211 JUMLAH 477


JUMLAH KESELURUHAN 
PAS - 2319 
BN    - 5962 
BN MENANG MAJORITI 3643

Saturday, March 5, 2011

News Break!!! PRK Kerdau

12.30pm: Jumlah keluar mengundi hingga jam 12 tengahari ialah seramai 5,874 orang – 65.29 peratus.

Terkini - Merlimau

JASIN: 5746 voters or 54% of total Merlimau voters have cast their votes as of 12 noon today.
EC spokesman said the EC targeted over 80 per cent turnout for the area.

Merlimau has 10,679 voters.

Sumber : 
http://www.nst.com.my/articles/Merlimauvoterturnout_12noon/Article/?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

News Breaks!!! PRK Merlimau

JASIN: 4571 voters or 43% of total Merlimau voters have cast their votes as of 11 am this morning.
EC spokesman said the EC targeted over 80 per cent turnout for the area.

Merlimau has 10,679 voters.

Friday, March 4, 2011

Al Kisah Lelayi Y.........






PAS terdesak dan kurang ajar


Pembangkang semakin kurang ajar dan biadab kerana memainkan isu perkauman semalam. Akibat dari asakan hebat jentera BN yang mantap berceramah menangani segala isu, PAS menjadi semakin terdesak dan mula menyebar risalah fitnah untuk dijadikan modal ceramah mereka seterusnya mencetus perpecahan kaum di Merlimau. 


Risalah yang diedarkan mereka semalam jelas skali berunsur fitnah terhadap "PERKASA" satu pertubuhan yang mendokong aspirasi kerajaan terutama sekali 1Malaysia. Adalah sangat bodoh, sangat bengap dan sangat hina bagi pembangkang untuk menggunakan logo PERKASA di risalah tersebut. Jelas sekali motif mereka adalah untuk menghina kaum India di Merlimau bagi mencetus kemarahan lalu perpecahan antara kaum.


Juak-juak Khawarij PAS, DAP & PKR adalah musuh perpaduan yang nyata. Merekalah perosak bangsa, perduan dan negara semata-mata untuk mencapai impian, dendam dan SYURGO mereka akan melakukan apa sahaja.


PAS,DAP,PKR
KHAWARIJ, MUNAFIK,  PENYANGAK



Sumber artikel :  http://mymassa.blogspot.com/2011/03/pembangkang-semakin-kurang-ajar-di.html.

Wednesday, March 2, 2011

MB Pahang Menjawab Fitnah PAS


MB Pahang menjawab isu "Pahang Bankrup"..


2011 03 01 Bob Lokman


Ini salah satu ceramah PAS zaman kini.. Wira ni minat sangat ngan Bob Lokman sebab setiap lakonan yang dibawa dalam drama cukup menyentuh kalbu... Hish rasa pulak hati ini macam perempuan... Tapi tak salah lelaki juga ada taman dalam hati yang penting tidak melakukan perbuatan di luar tabii.. nauzubillah.

Al-kisah Wira tunggu punya tunggu nak dengar sendiri Bob Lokman berceramah politik... pehhhhh memang lagi menyengat la dia ceramah sebab siap dengan lagu dia dendangkan dan bagaimana hati terbuka untuk menjadi ahli PAS.

Rupanya Bob ni jiwanya kosong sepanjang dia menjadi artis dan bila mendengar ceramah Tok Guru, hatinya terbuka untuk cari syiar Islam.. Rupanya PAS ni memang la pejuang agama Islam. Alhamdulillah tapi kenapa melalui parti politik baru ada kesedaran diri Bob? Mengapa bila sedar Bob menguar-uarkan kepada umum bukankah dalam Islam kita perlu bersifat seperti padi makin berisi makin tunduk?

Bob sayangkan Islam dan Bob amat takut kepada Allah... Bob dah taubat sebagaimana pengakuannya Bob Budak Alkohol tapi kembali kepada syiar Islam melalui PAS.. Bermakna Bob sedar pentingnya Islam kerana PAS bukan kerana Allah s.w.t sepenuhnya.. Nauzubillah.

Tuesday, March 1, 2011

PRK DUN N.28 Kerdau : Nik Aziz Tolak Asal-Usul Untuk Dapatkan Sokongan -...


JENGKA 28 Feb -- Kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa beliau tidak berbangga menjadi bangsa Melayu hanyalah gimik politik yang sering digunakan terutama dalam usahanya untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan apa yang dinyatakan oleh Nik Aziz itu bukanlah suatu yang mengejutkan kerana dia akan membuat apa sahaja kenyataan untuk dapat perhatian.

"Sekarang ni dia tak bangga jadi orang Melayu kerana dapat undi dari orang bukan Melayu, dan kalau nak dapat undi dari orang bukan Islam, saya percaya satu hari nanti mungkin Nik Aziz akan cakap dia tak bangga jadi orang Islam.

"Itulah Nik Aziz, Mursyidul Am Pas, bila-bila masa boleh berubah hanya untuk kepentingan politik," katanya selepas melancarkan Program Tukar di Felcra Rumpun Makmur.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz bahawa beliau tidak minta untuk dilahirkan sebagai seorang berbangsa Melayu dan secara kebetulan lahir di negara ini.

Kerdau: Bukan semua pengundi mahu pembangunan


Sumber; Malaysiakini

Walaupun ramai beranggapan kawasan luar bandar di Kerdau, terutamanya di tiga kawasan Felda dan sebuah Felcra di DUN itu memerlukan lebih pembangunan, perkara itu rupa-rupanya tidak mewakili semua hasrat penduduknya.

Masih terdapat penduduknya, terutama di kawasan 3+1 - gugusan Felda Jengka 22, Felda Jengka 23, Felda Jengka 25 dan Felcra Rumpun Makmur -- yang mahukan ilmu dan lebih bimbingan agama berbanding kemudahan material.

PRK MERLIMAU: ada apa dengan LELAKI Y?!


Amukan Anwar kepada pengundi Dun Merlimau!!! Mari kita saksikan!!!

Air Yang Tenang Tetap Ada Buaya di DUN Kerdau

Ramai yang kata kalau berada di DUN Kerdau, anda tidak akan rasa kehangatan Pilihan Raya Kecil kerana jentera calon kedua-dua parti hanya dilihat menemui rakyat secara bersemuka... Tapi setiba Wira ke DUN Kerdau  semalam ternayat suasana tidak seperti yang dikatakan Wira merasakan ada 'buaya dalam semak yang bakal beraksi".

Dan bila Wira membuka laman Malaysiakini sebentar tadi apa yang selama ini Wira jangka memang tepat. Wartawan Malaysiakini dapat menghidu juga suasana yang Wira rasai:-

 Kerdau: Perang risalah tak setenang di permukaan


Setenang-tenang air di lautan, jangan disangka tiada buaya.

Begitulah boleh diibaratkan tentang keadaan kempen dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau yang sudah masuk hari keempat.

Walaupun sekali imbas, kempen kedua-dua calon bertanding - Syed Ibrahim Syed Ahmad daripada BN dan Hassanuddin Salim daripada PAS - nampak tidak terlalu agresif, perkara sebaliknya berlaku dalam perang psikologi sesama mereka.

NONEDalam pusingan pertama ini, nampaknya BN lebih berjaya menarik perhatian dan memancing emosi sejumlah 8,999 pengundi di kawasan DUN itu melalui risalah tertentu.

Selain tabloid Suara Kerdau, Debat Rakyat, Khabar Pahang yang memuatkan penjelasan tentang isu yang dibangkitkan lawannya, terdapat juga majalah yang memaparkan 105 kejayaan Felda dan bahan kempen yang menghentam Hassanuddin dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Debat Rakyat misalnya memfokuskan tentang trend sokongan pada BN dalam 14 pilihan raya kecil sebelum ini dan menjawab hujah dalam dasar bersama Pakatan melalui "Buku Jingga" yang dipersetujui PKR, DAP dan PAS.

(klik sumber artikel untuk artikel penuh).



Hasannudin calon bermuka-muka


YB Syed Hamid menyampaikan sumbangan kepada pengundi DUN Kerdau.

Syukurlah tanpa mengira perbezaan politik baju batik 1 Malaysia tetap digunakan oleh YB PAS Kuala Semantan Syed Hamid semasa berkempen di DUN Kerdau. Inilah semangat 1 Malaysia yang cuba digarap oleh Datuk Seri Najib kita tetap bersatu walaupun berbeza bangsa, agama dan politik demi mempertahankan negara yang kita sayangi MALAYSIA.


Secara tidak langsung YB PAS Kuala Semantan memberi lampu hijau bahawa  pengundi KERDAU harus memilih dan menyokong calon BN kerana Syed Hamid antara YB yang cukup tahu dan masak sikap sebenar calon PAS, Hasannudin.



Hasannudin adalah individu yang suka main wayang (bermuka-muka) dan kaki kipas di dalam PAS Pahang,beliau adalah kroni dan suruhan kepada Tuan Ibrahim. Buktinya ketika majlis sambutan Maulidur Rasul,Tuan Ibrahim mengarahkan Hasanudin keluar dari majlis tersebut hanya kerana ketika itu Syed Ibra membaca doa dan memberi tazkirah.


Penderaan kanak-kanak


PAS, PKR dan DAP memang bijak menggunakan kanak-kanak dalam kempen. Tidakkah mereka terfikir bahawa kanak-kanak di negara ini dilindungi di bawah Akta 611 - Akta Kanak-Kanak 2001. yang jelas memaparkan beberapa klausa:-


MENGIKTIRAF bahawa wawasan negara sebagai negara maju sepenuhnya ialah suatu negara di mana keadilan sosial dan pembangunan moral, etika dan rohani sama pentingnya dengan kemajuan ekonomi dalam mewujudkan suatu masyarakat Malaysia madani yang bersatu padu, progresif, damai, penyayang, adil dan berperikemanusiaan:
MENGIKTIRAF bahawa seseorang kanak-kanak bukan sahaja merupakan suatu bahagian penting masyarakat sedemikian tetapi juga merupakan kunci kehidupan, pembangunan dan kemakmuran masyarakat itu:
MENGAKUI bahawa seseorang kanak-kanak, oleh sebab ketidakmatangannya dari segi fizikal, mental dan emosinya, memerlukan pelindungan, pemeliharaan dan bantuan khas, selepas kelahiran, untuk membolehkannya turut serta dalam dan menyumbang secara positif ke arah membentuk suatu masyarakat Malaysia madani yang unggul:
MENGIKTIRAF bahawa tiap-tiap kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pelindungan dan bantuan dalam segala hal keadaan tanpa mengira apa-apa jenis perbezaan, seperti ras, warna kulit, jantina, bahasa, agama, asal usul atau kecacatan fizikal, mental atau emosi atau apa-apa status lain:

BN Ciplak Buku Jingga

BN dituduh menciplak Buku Jingga dengan senyap-senyap. Hanya disebabkan BN berjaya mengumum serta melaksanakan beberapa perkara yang secara kebetulan ada tertera dalam janji 100 hari jika Pakatan Rakyat Memerintah Kerajaan Malaysia.

Hanya disebabkan perkataan 'kebetulan', Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Komunikasi PKR merangkap YB Seri Setia menyatakan dengan lantang BN telah menciplak IDEA dan DASAR-DASAR yang ada dalam BUKU JINGGA.

Dan dengan kebetulan itu juga sebagai seorang yang ada kelulusan tinggi dan miliki jawatan penting dalam PKR Nazmi menggunakan ayat 'mungkin'. 

"Mungkin kerana dasar-dasar dalam Buku Jingga boleh dilaksanakan menyebabkan Najiz menolak tawaran berdebat dengan Penasihat PKR, Daruk Seri Anwar Ibrahim tempoh hari"..... petikan Sinar Harian 2 Mac 2011 m.s  N2.
Ini jelas Nik Nazmi telah memberi satu persepsi berbaur politik untuk mempopuliskan dirinya kerana yakin jika isu ini diketengahkan rakyat Malaysia seolah-olah Barisan Nasional telah mengambil idea daripada Buku Jingga yang nyata dan jelas buku ini daripada 10 janji yang akan ditunaikan 2 sahaja berbentuk realiti manakala 8 adalah satu janji politik yang nyata berbentuk ilusi dan keberangkalian untuk dilaksanakan amatlah tipis sekali.

Ini antara janji 100 hari yang terkandung dalam Buku Jingga:-

  1. Mereformasikan institusi SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM - setiap tahun mana-mana agensi atau jabatan di negera ini akan membaiki sistem pentadbirannya tidak kira kerajaan apa pun yang memerintah dan ini adalah REALITI.
  2. Memansuhkan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA)- Mana negara yang kata ISA tidak penting? Demi kemakmuran dan keselamatan sesebuah negara ISA dijadikan sandaran kepada kerajaan yang memerintah cuba tengok sendiri Amerika dan Singapura...(satu janji yang cukup ILUSI).
  3. Menggunakan Khazanah Berhad, KWSP dan lain-lain badan kerajaan yang memiliki konsesi mengambil alih aset lebuh raya bagi tujuan menghapuskan tol... (sampai bila ia bertahan; Pakatan Rakyat perlu keluarkan fakta anggaran setiap tahun bagi menampung kos tol yang nak dihapuskan barulah jelas kesungguhan janji ini) - janji ILUSI
  4. Rombak subsidi negara. RM19 bilion? Sampai bila ia mampu bertahan untuk menampung kos permintaan rakyat Malaysia sedangkan realitinya harga pasaran dunia tidak menentu baik gas mahupun barang makanan. janji ILUSI
  5. Iktiraf peranan dan jasa kakitangan awan dan kaji semula imbuhan perguruan RM500 sebagai penghargaan guru pendidik bangsa. (Peningkatan gaji takkan kepada guru sahaja kata nak bagi dengan kakitangan awam dan BN telah memberi penghargaan kepada guru besar, guru dan kakitangan sokongannya hasil daripada NKRA dan ini dikatakan pula ciplak sedangkan NKRA telah bermula sejak tahun lepas lagi). janji ILUSI
  6. Mengambil semula konsesi pengurusan air yang diurus oleh swasta kerana ia hak rakyat. (Bagaimana dengan kos penyelenggaraan membaik pulih kualiti air. apa yang berlaku di Kedah tarif air meningkat disebabkan apa?) Janji ILUSI
  7. Menyediakan perkhidmatan WI-FI percuma kepada rakyat di kawasan bandar dan luar bandar. (BN telah melancarkan jalur lebar dalam dan luar kawasan bandar dan  Pakatan Rakyat hanya boleh meneruskan dasar ini bila berjaya memerintah kelak) Janji REALITI.
  8. Batalkan Felda Plantations untuk buka ladang-ladang kepada generasi kedua dan ketiga. (Jika Pakatan Rakyat mampu membatalkan Felda kerana penduduk Felda tau apa hak mereka selama ia ditubuhkan pastinya ayah kepada Anwar Ibrahim cukup terhutang budi dengan hasil FELDA) janji ILUSI
  9. Menaikkan royalti minyak Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%. (Sejak PRU-12, janji ini dicanangkan oleh Pakatan Rakyat. Cuba keluarkan anggaran yang jelas kemampuan PR meningkatkan royaliti jangan hanya menendangkan lagu tanpa lirik untuk menyedapkan halwa telinga rakyat semata-mata) janji ILUSI
  10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk selesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah. (Pembangkang pernah menawan Sabah hampir 10 tahun tetapi masalah PTI masih wujud bila BN perintah kadar kemasukan PTI berkurang dan dapat dikawal sehingga hari ini.) -janji ILUSI.

Skuad Intip BN 24 Jam

Sumber gambar: http://klboyzwangsa.blogspot.com
Skuad kamera mengintip BN telah dilancarkan sempena Pilihan Raya Kecil Dun Merlimau dan Dun Kerdau.. Skuad ini akan beroperasi selama 24 jam bermakna PAS telah merekrut jentera khas untuk memastikan skuad ini berjaya menjaga pergerakan BN selama 24 jam sehinggalah hari mengundi 6 Mac 2011.

Cukup menghairankan kenapa di saat-saat ini skuad skoding PAS muncul adakah tidak cukup dengan jentera Pakatan Rakyat yang berperanan dalam dunia siber. Atau pun PAS tidak percaya dengan parti SEKUTUNYA kerana kekalahan beberapa kerusi Piliahn Raya Kecil adalah sedikit sebanyak disebabkan rakan sekutu ada yang berpaling tadah.

Apa pun usaha PAS pastinya rakyat lebih mengetahui kemungkaran, pembohongan dan fitnah yang mereka lakukan selama ini. Dan setiap kali adanya pilihan raya baik umum mahupun kecil pasti PAS akan mengeluarkan satu fatwa demi menghalalkan kempen PAS.

Mana Kemajuan Kelantan?

Alhamdulillah PAS berjaya membawa lensa dan media meninjau kemunduran sekitar Kerdau... Pastinya Menteri Besar Pahang terpukul dengan dakwaan ini dan Wira nantikan tindakan lanjut Kerajaan Negeri menyentuh isu ini.

Tetapi apa pula yang dapat diulas semula Menteri Besar Kelantan bila melihat perbandingan kemajuan yang dikecapi antara Melaka dan Kelantan seperti rajah di bawah ini.

Perbandingan kes pembangunan Melaka dan Kelantan..


Rajah ini adalah fakta bukan satu omangan kosong yang cuba meracunkan fikiran rakyat Malaysia. diharap Nik Aziz dan puak-puaknya dapat mengulas apa yang berlaku di Kelantan sedangkan negeri ini kaya juga dengan galian salah satunya ialah emas.

Seperti pepatah Melayu : sebelum menuding jari kepada seseorang adalah baik untuk melihat semula 4 jari yang menunjuk diri sendiri. Ingatlah kehidupan kita seperti 'roda' jangan hanya disebabkan 'politik' kita sanggup membelakangi hati nurani kita dan bersembunyi dengan perwatakan warak sedang lidah sentiasa mencemuh sesama hama Allah. s.w.t.

Kafirkan Bapa Mertua Demi Syurga - PAS

Pastinya Rashid kini menjadi bahan cemuhan ahli PAS...

Rashid Wahab anak jati kampung Kerai, Kerdau  kini menyesali tindakannya hingga bertindak mengkafirkan bapa mertuanya demi sebuah parti iaitu PARTI PAS. Minat dan ketaksuban Rashid untuk menjadi ahli PAS adalah hasil dorongan rakan serta kenalan yang beliau kenali untuk menghuni syurga jika PAS adalah pilihannya di dunia ini.

Penyesalan lahir dari hati murni Rashid akhirnya beliau dengan berani mendedahkan sikap sebenar PAS yang dari dulu hinggalah ke hari ini telah membohongi rakyat dengan mempergunakan Islam sebagai platform untuk mendapatkan sokongan umat Islam. Nauzubillah...


Monday, February 28, 2011

Cakap Nak Boikot Tapi -Hadi Awang

Gambar menceritakan 1001 cerita, PAS sentiasa boikot Utusan dan akhbar pro-UMNO tapi mereka juga sentiasa dapat info dari akhbar-akhbar ni...

Pengundi Kerdau Akui Calon PAS Sombong dan Tidak Mesra

Majlis Maulidur Rasul yang berlangsung di Kg Tekal dihadiri oleh Calon PAS Hasanudin dan Calon BN Ustaz Ibra, Adun PAS Kuala Semantan YB Syed Hamid dan Datuk Seri Ismail Sabri.:klik sini

Orang PAS sendiri kata calon mereka sombong dan tidak mesra, itulah kata kata seorang lelaki lingkungan 40an yang mengelar dirinya abang mat.Katanya kami dah kenal lama dengan calon PAS memang perangainya dari dulu tidak pernah ubah.

Sebaik saja tamat majlis maulidur rasul dan solat isyak,kesemua hadirin dijemput orang kampung menikmati jamuan yang disediakan.

Namun semalam keharmonian tersebut di cemar dengan sikap calon PAS hingga menyakitkan hati orang orang kampung apabila beliau menolak untuk turut makan bersama Calon BN Ustaz Ibra,YB PAS Syed Hamid dan Datuk Seri Ismail Sabri.

Hasanudin berasakan tercabar apabila beliau terpaksa mengaminkan doa calon BN malah beliau pula terpaksa duduk dibelakang hinggakan mukanya langsung tidak mampu untuk senyum.

Sebaik solat Isyak,Hasanudin terus beredar tidak mahu bersama sama penduduk kampung. Sombong dan angkuh!

Tindakan Hasanudin bertepatan dengan sikap wali selipar Nik Aziz yang akan memperlekehkan mana mana pihak yang tidak memeluk Isle PAS.Busuk punya olang...ptuiihh!

Penipuan Yuhaizad terbongkar lagi

Belum selesai isu kauters guru datang pula satu lagi isu hangat "Yuhaizad pernah menjawat jawatan dalam Gerakan 4B Jasin". Tapi ini yang Wira perolehi pendedahan dariapda Penasihat Gerakan 4B Jasin:-
 
Penasihatnya, Datuk Hasan Rahman berkata, setelah diteliti keahlian pertubuhan tersebut di daerah itu, calon Pas tersebut didapati tidak pernah menjadi ahli seperti yang didakwanya dalam sebuah akhbar hari ini.


“Dakwaan beliau (Ruhaizad) pernah menjadi ahli Gerakan Belia 4B di Jasin adalah tidak benar. Kita telah teliti keahlian di peringkat cawangan memang namanya tidak ada.


“Saya tidak pasti bagaimana beliau boleh mendakwa pernah menjadi ahli pertubuhan ini. Mungkin beliau cuba untuk meraih simpati daripada pengundi di Merlimau,” katanya.

Tak habis-habis pula dengan calon PAS Merlimau ni adakah ini calon yang TERBAIK bagi PAS?. Sebagai bakal pemimpin yang UNGGUL tidak kira calon yang mewakili mana-mana parti pastikan ANDA adalah pemimpin yang jujur, amanah dan telus dalam setiap perjuangan jangan sesekali membohongi sesuatu yang bukan menjadi hak kita kerana semua ini akan terbongkar juga.. Keaiban bakal menyelubungi diri kita.



RM1.80 (Harga Gula) Sempena PRK DUN Kerdau



Mari...Mari sempena PRK Kerdau tuan-tuan dan puan-puan datang lah beramai-ramai ke DUN Kerdau dan beli kat kedai penyokong kuat PAS. Mereka sedang jual gula dengan harga RM1.80 daripada harga biasa RM2.10.. kurang 40 sen....Jualan sehingga 6 Mac sahaja Jom kita borang sama-sama !!!!.

Atas jualan murah peruncit tersebut, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencabar PAS untuk menjual gula pada harga lebih rendah di semua negeri yang ditadbir pembangkang.

Wira berharap sangat pihak PAS dapat jual gula bukan sahaja semasa pilihan raya  semata-mata.  kalau hanya tunggu pilihan raya gamaknya pengguna kena simpan la stok banyak bimbang lak kedai tu mula sembunyi bekalan gula. dan kecian dengan peruncit lain terpaksa bersaing walaupun kerugian bakal dihadapi.
Pastikan juga semasa membeli gula tidak sesekali menyerahkan kad pengenalan kepada peruncit dibimbangi ada agenda tertentu. Dan satu keadaan lagi bila membeli pastikan anda warganegara Malaysia kerana subsidi yang disediakan oleh PAKATAN RAKYAT sempena pilihan raya hanya dinikmati oleh rakyat Malaysia khususnya pengundi KERDAU. 

Tapi Wira dah pantau kat kedai runcit tu sekarang ni dia tak jual lagi gula dengan harga RM1.80 entah mengapa tetiba jualan dihentikan. Mungkin da rugi banyak kot atau subsidi Pakatan Rakyat tak cukup untuk tempoh kempen sehingga 6 Mac 2011.

Sentuhan peribadi pikat pengundi atas pagar: Calon BN



Pengundi atas pagar adalah pengundi yang perlu didampingi dan didekati kerana pengundi ini adalah menyuntik semangat para pemimpin BN untuk terus berjuang demi mempertahankan kerajaan sedia ada.

Yuhaizad Abdullah Tolak Tuah

Seramai 586 guru besar dan 2,800 guru serta kakitangan sokongan sekolah yang terpilih akan menerima ganjaran hasil daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang mana sekolah-sekolah  yang berjaya melepasi pencapaian yang ditetapkan.

Dalam tawaran ini Guru Besar akan menerima RM7,500, 5% daripada keseluruhan guru sekolah yang terlibat bakal menerima RM1,800 dan bakinya mendapat RM900. Ia telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran semalam.

Adakah angka guru yang bakal merima sumbangan ini bakal melibatkan Yuhaizad Abdullah? Jika benar Wira mencabar Yuhaizad tidak sesekali menerima sumbangan atau anugerah  daripada Kerajaan khususnya Kerajaan Barisan Nasional. 

Demikian juga menjawab isu kauters yang didiaminya adalah wajar Yuhaizad berdiri teguh dengan pegangan politiknya untuk tinggalkan semua kemudahan yang diberi oleh Kerajaan yang sedang memerintah. Kerjaya sebagai guru adalah satu kerjaya yang sungguh mulia tetapi jika perlakuan seolah-olah memaparkan 'kacang lupakan kulit' adakah sesuai untuk Yuhaizad diteladani?


Yuhaizad Abdullah Akan Keluar Kauters Jika Cabaran Disahut TPM

Kekal Tinggal di Kauters Guru

Satu cabaran dikenakan ke atasTan Sri Muhyiddin Yassin oleh Calon PAS Merlimau untuk buktikan kauters guru adalah milik UMNO.


Wira melihat 2 perkara yang cukup berbeza terhadap kenyataan TPM mengenai isu kauters guru:-
  1. Seorang guru yang mewakili kerajaan secara langsung mendapat kemudahan sebagai guru menentang semula kerajaan; kalau berani letak jawatan tinggal di luar kauters guru dan hiduplah mengikut kemahuan calon PAS jangan sesekali mengambil keuntungan / keistimewaan yang disediakan oleh Kerajaan Barisan Nasional.
  2. Bangunan Kauters Kerajaan adalah milik kerajaan secara langsung kerajaan sekarang adalah kerajaan Barisan Nasional jadi tidak ada isu untuk TPM buktikan bangunan itu UMNO punya.. Confirm calon PAS sekali lagi 'menjilat air liur yang diludahnya" untuk terus tinggal di kauters.

Masjid dan Surau diserbu - DUN Kerdau

Nak kata tak ada otak.... rasanya Wira melampau sangat tapi mereka ini tak faham bahasa bila menjadikan tempat beribadat sebagai tempat ceramah politik. Tanpa permit pula tu. Kalau BN yang buat bukan main lagi pemimpin-pemimpin pembangkang 'menyalak' dan mencanangkan isu ini merata tempat. Masa tu la guna undang-undang untuk terus kenakan jentera kempen BN.

Apa yang berlaku di Masjid Rumpun Makmur adalah satu daripada bukti kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PAS. Nik Aziz tanpa segan silu masuk masjid dan mengadakan ceramah politik tanpa sebarang permit. Siak Masjid Tumpun Makmur turut mengeluh kerana jawatankuasa masjid diketepikan oleh Nik Aziz dan beliau bimbang akan wujud fahaman-fahaman tertentu yang mampu memecag belahkan qariah yang datang ke masjid ini.

Diharap keadaan ini dapat ditangani segera pihak berkuasa sepanjang tempoh kempen baik bagi DUN Merlimau mahupun DUN Kerdau.

Sunday, February 27, 2011

Bersyukur Dengan Nikmat-Nya

Sesebuah kerajaan tidak akan terbentuk dengan baik jika para pemimpin yang menjadi peneraju negara mempunyai pendoman yang menyimpang daripada asal perjuangan sebenar. Kuasa rakyat semakin menjadi arah penentu negara hingga apa yang berlaku di beberapa negara Asia Barat tercetus ekoran 'gelombang kuasa rakyat' atau 'revolusi rakyat'.

Sehingga hari ini Pakatan Rakyat berusaha menyemai bibit-bibit gelombang rakyat bersifat haluan kiri yang jelas menyimpang demi kepentingan individu dan kumpulan tertentu dan bukan melihat kepada kebajikan rakyat 100%. Sejak PRU-12, Pakatan Rakyat sentiasa menggunakan rakyat sebagai benteng dalam menyebar luaskan agenda jahat yang cuba merobek keamanan dan kemakmuran Malaysia. 1 Malaysia telah dijadikan bahan propaganda Pakatan Rakyat untuk mempertikaikan hak peribumi orang Melayu dan agama Islam yang jelas hak ini tidak sama sekali perlu dipersoalkan kerana ia terkandung di dalam Perlembagaan Perkara 152 dan 153.


Apa yang berlaku di Asia Barat  adalah disebabkan integriti kepimpinan terhapus dan rakyat hilang kepercayaan kepada pemimpin negaranya ekoran keadaan ekonomi, sosial dan politik yang tidak baik hingga sanggup gunakan kekerasan untuk mendapat keadilan sejagat. Tetapi di Malaysia, cukup berbeza. Kita hidup dengan keamanan, kemakmuran serta perpaduan kaum di samping menikmati ekonomi, sosial dan tahap politik yang cukup selesa. Lumrah pertikaian di antara pemimpin politik adalah satu kebiasaan kerana Malaysia mengamalkan sistem demokrasi.. Tetapi rakyat kita masih mencintai keamanan dan kemakmuran kerana kita sentiasa mengimbau serta mengingati noktah hitam 13 Mei yang cukup mendewasakan pemikiran kita.


Tetapi hanya generasi Baby Bom dan generasi X yang tahu akan sejarah terbentuknya Malaysia hingga kini generasi inilah yang cuba memastikan Malaysia sentiasa berada dalam negara yang aman sejahtera dan cuba mengelak dari menyentuh isu sensitif yang bakal memusnahkan hubungan kaum kita.

Bagi generasi Y adalah generasi yang cukup bijak dan sentiasa berinfomasi dengan capaian maklumat 1 trillion sesaat. Generasi ini tidak perlu untuk kita jelaskan 100% sesuatu peristiwa kerana hujung jari mereka sentiasa mendapat info terkini. Namun info-info ini dibimbangi ada yang cuba diubah mengikut asal hingga wujud pelbagai persepsi yang mampu memanipulasi pemikiran generasi Y.

Tak perlu untuk Wira bahas panjang lebar cuma fikirkan secara logik dan ilmiah pemberian subsidi yang Kerajaan Malaysia berikan dan bandingkan janji berunsur politik daripada Pakatan Rakyat. Hanya ini sahaja yang mampu Wira kongsi untuk Anda Semua..

Gula 1 Kg - Harga Kawalan (RM 2.10) - 2010 hingga 2011
                     Harga Sebenar (RM2.35) - 2010 & (RM2.50) - 2011
                     Subsidi Kerajaan (25 sen) - 2010 & (40 sen ) - 2011

Tepung 1 Kg - Harga Kawalan (RM 1.35) - 2010 hingga 2011
                          Harga Sebenar (RM1.80) - 2010 & 2011
                          Subsidi Kerajaan (45 sen) - 2010 & 2011

Minyak Masak (kampit)  - Harga Kawalan (RM 2.50) - 2010 hingga 2011
                                                Harga Sebenar (RM4.50) - 2010 hingga 2011
                                                Subsidi Kerajaan (RM2.10) - 2010 & 2011

Minyak Masak (botol)  -   Harga Kawalan (RM 3.30) - 2010 hingga 2011
                                              Harga Sebenar (RM5.40) - 2010 hingga 2011
                                              Subsidi Kerajaan (RM2.10) - 2010 & 2011

Beras ST 15 (10 kg)  -
Semenanjung                   Harga Kawalan (RM 18.00)
                                           Harga Sebenar (RM22.00)
                                           Subsidi Kerajaan (RM4.00)

Sabah  & Sarawak          Harga Kawalan (RM 19.00)
                                         Harga Sebenar (RM23.00)
                                         Subsidi Kerajaan (RM4.00)

Kenang Budi Bukan Ungkit - Jentera Pas

Ternyata Jentera PAS cukup bijak menggunakan duit rakyat untuk tujuan kempen sepanjang PRK Merlimau-

RAYUAN DERMA UNTUK PRK MERLIMAU

Tabung Pilihanraya PAS Melaka No akaun: 04015010060272 Bank Islam. Rayuan kepada semua pencinta Islam dan keadilan untuk menyumbangkan sekadar termampu bagi membantu jentera pilihanraya Dun Merlimau. 

(Artikel penuh mengatakan Ali Rustam guna Duit Rakyat)

Syabas kepada Jentera PAS dan mereka turut mencemuh tindakan pembangunan yang dibawah oleh Ketua Menteri Melaka menyentuh isu yang sama "GUNA DUIT RAKYAT". PAS turut mengklasfikasikan Ketua Menteri Melaka adalah pemimpin yang mempunyai minda kelas ketiga.

Disebabkan ketiadaan isu yang hendak dilontar sepanjang tempoh kempen bagi PRK Merlimau, jentera PAS mula menyerang usaha murni kerajaan Melaka dengan memberi kemudahan kepada seluruh rakyat Melaka. Cukai? Memang semua diharuskan membayar cukai khususnya kepada individu yang mempunyai kemampuan dalam pendapatan sebulan. Tetapi ada yang terkecuali iaitu individu yang gajinya dibawah paras RM1,500, tidak sama sekali dikenakan cukai pendapatan. Dan terdapat juga klausa yang menyebut cukai turut dilepaskan kepada individu yang ramai tanggungan (anak), pendidikan, kurang upaya, kos perubatan dan banyak lagi. Semua dapat lepas daripada cukai. (Klik disini untuk melihat sendiri pelepasan cukai kepada individu pemastautin)

Apa yang Wira hendak ketengahkan ialah semua pembangunan yang disediakan oleh kerajaan Melaka dinikmati oleh semua rakyat yang tak mengira bangsa, agama mahupun politik. Bukan Wira hendak mengungkit usaha murni ni tetapi kita kena fahami satu konteks 'lupa', 'leka', 'lalai' adalah sinonim dalam perlakuan manusia. Untuk mengingatinya kita kena  'mengimbaukan semula usaha murni ini' sebab kita menikmati dengan penuh kesyukuran.

Saturday, February 26, 2011

Kauters Guru Buat Calon PAS Merlimau.

Sumber  :http://theunspinners.blogspot.com/

Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat dengan limpah kurnia-Nya kita masih lagi hidup aman damai dengan keadaan politik dan ekonomi yang cukup menjamin keharmonian dan perpaduan kaum di negara kita. Wira berharap sangat ANDA juga berdoakan sesuatu yang baik sesama umat.

Gambar kat atas ni adalah calon PAS Merlimau.. Wira tak naklah doakan calon PAS yang tak baik cuma tertanya-tanya ke mana hati perut calon ni bila menjadi pengkhianat kerajaan.. Tingggal kat kauters kerajaan bermakna segala kemudahan kerajaan dinikmati dengan cukup selesa.
Tapi hairannya kenapa kerajaan yang beri tempat perlindungan ini dilawan semula? Atau pun calon lupa akan semua nikmat yang dimilikinya... apa pun kita doakan calon kembali mengimbau semula jasa kerajaan sehingga beliau mampu MENDIRI SENDIRI..

Syed dan Sijil Al-Azhar

Sijil Al-Azhar bukan palsu......
Sumber : http://penembak-tepat.blogspot.com/

Berita klik sini

Isu dakwaan calon BN tidak memiliki sijil Al Azhar selesai selepas beliau menunjukkan sijilnya kepada media semalam. 

Katanya: "Seminggu saya bertahan...saya tidak suka menunjukkan sijil (ijazah), tapi terpaksa, bukan untuk takbur," katanya kepada pemberita di Dewan Tun Razak Majlis Perbandaran Temerloh selepas penamaan calon semalam. 

Pas yang malu dengan fitnahnya telah menuduh Umno yang mencipta fitnah tersebut.

Jika benar ia adalah fitnah Umno kenapa Malaysiakini tidak beritakannya? Atau menyebut tentangnya? Sedang semua tahu fitnah ini angkara Pas yang sengaja mencipta fitnah sijil selepas calonnya sebelum ini di Tenang turut terkena serangan sijil Spm yang menjadi modal dan ternyata benar bukan fitnah. 

Pas dah sumbang langkahnya dan kini terpaksa menghitung hari untuk dihukum sekali lagi di negeri pejuang alif ba ta Pendekar Mat Kilau.

Dalam hal ini Anwar dan DAP pasti akan gembira mendengarkan kekalahan Pas di Kerdau akan dapat menyekat Pas dari menerajui Pakatan pada Pru akan datang. 

Musuh Islam tidak pernah berhenti dendam mereka kepada kita semua.  Mereka menggunakan taktik 'mendekati musuh untuk menikam dari belakang'

Sebab itu Allah larang umat Islam berkawan dengan DAP !