Showing posts with label Calon Kerdau. Show all posts
Showing posts with label Calon Kerdau. Show all posts

Saturday, February 26, 2011

Syed dan Sijil Al-Azhar

Sijil Al-Azhar bukan palsu......
Sumber : http://penembak-tepat.blogspot.com/

Berita klik sini

Isu dakwaan calon BN tidak memiliki sijil Al Azhar selesai selepas beliau menunjukkan sijilnya kepada media semalam. 

Katanya: "Seminggu saya bertahan...saya tidak suka menunjukkan sijil (ijazah), tapi terpaksa, bukan untuk takbur," katanya kepada pemberita di Dewan Tun Razak Majlis Perbandaran Temerloh selepas penamaan calon semalam. 

Pas yang malu dengan fitnahnya telah menuduh Umno yang mencipta fitnah tersebut.

Jika benar ia adalah fitnah Umno kenapa Malaysiakini tidak beritakannya? Atau menyebut tentangnya? Sedang semua tahu fitnah ini angkara Pas yang sengaja mencipta fitnah sijil selepas calonnya sebelum ini di Tenang turut terkena serangan sijil Spm yang menjadi modal dan ternyata benar bukan fitnah. 

Pas dah sumbang langkahnya dan kini terpaksa menghitung hari untuk dihukum sekali lagi di negeri pejuang alif ba ta Pendekar Mat Kilau.

Dalam hal ini Anwar dan DAP pasti akan gembira mendengarkan kekalahan Pas di Kerdau akan dapat menyekat Pas dari menerajui Pakatan pada Pru akan datang. 

Musuh Islam tidak pernah berhenti dendam mereka kepada kita semua.  Mereka menggunakan taktik 'mendekati musuh untuk menikam dari belakang'

Sebab itu Allah larang umat Islam berkawan dengan DAP !

Tuesday, February 22, 2011

Tahniah Syed Ibrahim.. Calon Kedau

gambar dari twitter @FahrizalHasan
5,000 penyokong BN menyambut Syed Ibrahim sebagai calon BN bagi DUN Kerdau yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Sri Ketumbit, Kerdau. Turut hadir dimajlis itu, Menteri Besar, datuk Seri Adnan Yaakob yang juga telah dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya BN bagi PRK Dun Kedau.

Pemilihan Syed Ibrahim bukanlah satu pemilihan yang orang kata asal ada calon... tetapi Syed telah melalui pelbagai tapisan yang ketat untuk menepati kepada kehendak dan pilihan rakyat Kerdau. Inilah calon yang dikategorikan sebagai calon ' most winnable candidate' (calon paling berpotensi menang).

Apa pun Wira berharap sangat kepada semua jentera BN untuk bersatu padu dan penyokong  calon kerana baik buruknya calon itu juga dilihat kepada keberkesanan jentera di belakang tabir BN.

Syed Ibrahim, 44 tahun turut menyandang jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Luala Krau di samping beliau juga adalah Pegawai Khas kepada Menteri Besar Pahang.

Syed adalah anak tempatan di Kampung Jenderak dan beliau turut dikenali sebagai Ust Syed Ibra kerana kepetahan beliau dalam ceramah agama. Dengan bersandarkan kepada kelulusan sarjana muda keluaran Universiti Al Azhar pasti penduduk dan pengundi DUN Kerdau akan lebih teruja untuk melihat sendiri Ust Syed berceramah. Nantikan kedatangan Ust syed di tempat anda. Wira pun nak tengok gak sendiri kebolehan calon BN.