Showing posts with label Ops Piramid. Show all posts
Showing posts with label Ops Piramid. Show all posts

Monday, February 7, 2011

Usaha Rosmah dipertikaikan.

Srikandi Malaysia... Teruskan perjuanganmu IBU
Menjadi lumrah perasaan seorang ibu pasti mengundang pelbagai perasaan sedih jika anak yang dikasihi ditimpa malapetaka. Adakah salah isteri pemimpin negara rasa terpanggil untuk berperanan menjadi 'IBU' kepada semua rakyat di Malaysia.

Adalah terlalu jumud pemikiran kita jika usaha semurni ini dikategorikan sebagai usaha yang cukup hina dan negatif seolah-olah digambarkan ada niat yang tidak telus demi mendapatkan populariti politik semata-mata. Dan yang paling menyedihkan lagi bila mana usaha ini dikatakan pula seolah-olah membelakangi peranan Raja Permaisuri Agong... cukup jahat tuduhan yang cuba mentidakkan usaha murni Rosmah kepada rakyat Malaysia di Mesir.

Terbaru Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata “Peranan beliau (Rosmah) dalam misi ini nampaknya sudah melebihi tugasan seorang Menteri. Saya melihat keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Rosmah sebenarnya mahukan pengiktirafan dalam kerja kuatnya di Oman, Bahrain dan kini di Mesir".

Dan akhir dari kenyataan beliau dalam Harakahdaily, Zuraida mencabar Najib untuk meletakkan Rosmah di PRK DUN Merlimau untuk melihat populariti Rosmah sama ada diterima oleh rakyat Merlimau atau sebaliknya.

Hebat sungguh cadangan dan cabaran Zurida diberikan kepada Rosmah adakah perlu untuk Rosmah menyahut cabaran ini? adakah salah untuk Rosmah dikatakan Wanita Pertama di Malaysia.? jelas sekali ada pihak yang cuba melaga-lagakan dan meletak najis dalam perhubungan murni Rosmah dan Raja Permaisuri Agong. Tidakkah kita rasa bersalah untuk mengeruhkan hubungan silaturahim di kalangan kita sebagai hamba Allah s.w.t. Apa pun jenis kepercayaan atau didikan agama pasti niat memutuskan hubungan murni di antara manusia sejagat cukup dihindari kerana semua agama inginkan kedamaian serta perpaduan apa tah lagi keharmonian kita bersama.

Renungilah usaha Rosmah adalah telus dan tidak mempunyai agenda jahat sebagaimana fitnah yang sedang ditaburkan oleh pihak tertentu.. seseungguhnya penyakit hati sentiasa menyelubungi kita sebagai manusia biasa namun penyakit ini boleh dihindari dengan sentiasa mendekati ajaran agama.

OPS PIRAMID BERJAYA!!!!!

Tenang... antara pelajar Malaysia yang menanti bantuan keselamatan Kerajaan Malaysia

Tahniah kepada Kerajaan Malaysia berjaya membawa kembali rakyat Malaysia dengan selamat. Walaupun usahamu dikatakan 'lakonan semata-mata untuk politik'; percayalah rakyat Malaysia ada otak untuk berfikir tidak akan termakan racun fitnah yang cuba ditabur oleh penyangak, pengkhianat dan lanun politik dhajal yang sememangnya ada kepentingan diri bukan untuk perjuangan sebenar kepada rakyat Malaysia.

Tidak ketinggalan juga usaha kerajaan negeri yang masing-masing berperanan berusaha membawa pulang pelajar-pelajar yang mereka taja. Pastinya ini satu pengalaman dan kenangan yang cukup bermakna kepada mereka kerana demi keselamatan diri terpaksa meninggalkan pusat pengajian walaupun hati rasa berat.
OPS PIRAMID....usaha bermula demi keselamtan rakyat Malaysia di Mesir

Sesungguhnya Ops Piramid adalah satu operasi yang cukup pantas dan cekap yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia. Demi keselamatan rakyat Malaysia mereka sanggup berdepan dengan BIROKRASI MESIR. Ketegasan pemimpin Mesir bukan sahaja beri beban kepada usaha untuk menyelamat serta mengeluarkan rakyat Malaysia tetapi turut menambahkan kos operasi (10 minit kelewatan bagi setiap penerbangan memerlukan bayaran US$400).

Antara usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri dibawah pemimpin BN:-
  1. Semua kos penerbangan rakyat Malaysia ditanggung oleh Kerajaan Malaysia;
  2. RM200 setiap hari diberikan kepada rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir;
  3. Makanan disediakan di lapangan terbang Mesir untuk rakyat Malaysia bermula pengumuman darurat oleh Kerajaan Mesir;
  4. Setiba di Jeddah semua rakyat Malaysia disediakan tempat penginapan dan makanan;
  5. Sentiasa memastikan rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat dari semasa ke semasa; dan
  6. Menawarkan pusat pengajian di sekitar Malaysia kepada pelajar yang masih menuntut di Mesir sekiranya pelajar tersebut tidak lagi berminat untuk meneruskan pengajian di sana;
Adakah ini semua dilakukan untuk 'kredit politik semata-mata'. Apa pun semuanya difikiran ANDA. Pastinya banyak lagi usaha kerajaan Malaysia untuk memastikan KITA SELAMAT baik di tanahair sendiri mahupun di tempat orang.