Showing posts with label PRK Kerdau. Show all posts
Showing posts with label PRK Kerdau. Show all posts

Tuesday, March 1, 2011

Air Yang Tenang Tetap Ada Buaya di DUN Kerdau

Ramai yang kata kalau berada di DUN Kerdau, anda tidak akan rasa kehangatan Pilihan Raya Kecil kerana jentera calon kedua-dua parti hanya dilihat menemui rakyat secara bersemuka... Tapi setiba Wira ke DUN Kerdau  semalam ternayat suasana tidak seperti yang dikatakan Wira merasakan ada 'buaya dalam semak yang bakal beraksi".

Dan bila Wira membuka laman Malaysiakini sebentar tadi apa yang selama ini Wira jangka memang tepat. Wartawan Malaysiakini dapat menghidu juga suasana yang Wira rasai:-

 Kerdau: Perang risalah tak setenang di permukaan


Setenang-tenang air di lautan, jangan disangka tiada buaya.

Begitulah boleh diibaratkan tentang keadaan kempen dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau yang sudah masuk hari keempat.

Walaupun sekali imbas, kempen kedua-dua calon bertanding - Syed Ibrahim Syed Ahmad daripada BN dan Hassanuddin Salim daripada PAS - nampak tidak terlalu agresif, perkara sebaliknya berlaku dalam perang psikologi sesama mereka.

NONEDalam pusingan pertama ini, nampaknya BN lebih berjaya menarik perhatian dan memancing emosi sejumlah 8,999 pengundi di kawasan DUN itu melalui risalah tertentu.

Selain tabloid Suara Kerdau, Debat Rakyat, Khabar Pahang yang memuatkan penjelasan tentang isu yang dibangkitkan lawannya, terdapat juga majalah yang memaparkan 105 kejayaan Felda dan bahan kempen yang menghentam Hassanuddin dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Debat Rakyat misalnya memfokuskan tentang trend sokongan pada BN dalam 14 pilihan raya kecil sebelum ini dan menjawab hujah dalam dasar bersama Pakatan melalui "Buku Jingga" yang dipersetujui PKR, DAP dan PAS.

(klik sumber artikel untuk artikel penuh).



Hasannudin calon bermuka-muka


YB Syed Hamid menyampaikan sumbangan kepada pengundi DUN Kerdau.

Syukurlah tanpa mengira perbezaan politik baju batik 1 Malaysia tetap digunakan oleh YB PAS Kuala Semantan Syed Hamid semasa berkempen di DUN Kerdau. Inilah semangat 1 Malaysia yang cuba digarap oleh Datuk Seri Najib kita tetap bersatu walaupun berbeza bangsa, agama dan politik demi mempertahankan negara yang kita sayangi MALAYSIA.


Secara tidak langsung YB PAS Kuala Semantan memberi lampu hijau bahawa  pengundi KERDAU harus memilih dan menyokong calon BN kerana Syed Hamid antara YB yang cukup tahu dan masak sikap sebenar calon PAS, Hasannudin.



Hasannudin adalah individu yang suka main wayang (bermuka-muka) dan kaki kipas di dalam PAS Pahang,beliau adalah kroni dan suruhan kepada Tuan Ibrahim. Buktinya ketika majlis sambutan Maulidur Rasul,Tuan Ibrahim mengarahkan Hasanudin keluar dari majlis tersebut hanya kerana ketika itu Syed Ibra membaca doa dan memberi tazkirah.


Mana Kemajuan Kelantan?

Alhamdulillah PAS berjaya membawa lensa dan media meninjau kemunduran sekitar Kerdau... Pastinya Menteri Besar Pahang terpukul dengan dakwaan ini dan Wira nantikan tindakan lanjut Kerajaan Negeri menyentuh isu ini.

Tetapi apa pula yang dapat diulas semula Menteri Besar Kelantan bila melihat perbandingan kemajuan yang dikecapi antara Melaka dan Kelantan seperti rajah di bawah ini.

Perbandingan kes pembangunan Melaka dan Kelantan..


Rajah ini adalah fakta bukan satu omangan kosong yang cuba meracunkan fikiran rakyat Malaysia. diharap Nik Aziz dan puak-puaknya dapat mengulas apa yang berlaku di Kelantan sedangkan negeri ini kaya juga dengan galian salah satunya ialah emas.

Seperti pepatah Melayu : sebelum menuding jari kepada seseorang adalah baik untuk melihat semula 4 jari yang menunjuk diri sendiri. Ingatlah kehidupan kita seperti 'roda' jangan hanya disebabkan 'politik' kita sanggup membelakangi hati nurani kita dan bersembunyi dengan perwatakan warak sedang lidah sentiasa mencemuh sesama hama Allah. s.w.t.

Kafirkan Bapa Mertua Demi Syurga - PAS

Pastinya Rashid kini menjadi bahan cemuhan ahli PAS...

Rashid Wahab anak jati kampung Kerai, Kerdau  kini menyesali tindakannya hingga bertindak mengkafirkan bapa mertuanya demi sebuah parti iaitu PARTI PAS. Minat dan ketaksuban Rashid untuk menjadi ahli PAS adalah hasil dorongan rakan serta kenalan yang beliau kenali untuk menghuni syurga jika PAS adalah pilihannya di dunia ini.

Penyesalan lahir dari hati murni Rashid akhirnya beliau dengan berani mendedahkan sikap sebenar PAS yang dari dulu hinggalah ke hari ini telah membohongi rakyat dengan mempergunakan Islam sebagai platform untuk mendapatkan sokongan umat Islam. Nauzubillah...


Monday, February 28, 2011

Pengundi Kerdau Akui Calon PAS Sombong dan Tidak Mesra

Majlis Maulidur Rasul yang berlangsung di Kg Tekal dihadiri oleh Calon PAS Hasanudin dan Calon BN Ustaz Ibra, Adun PAS Kuala Semantan YB Syed Hamid dan Datuk Seri Ismail Sabri.:klik sini

Orang PAS sendiri kata calon mereka sombong dan tidak mesra, itulah kata kata seorang lelaki lingkungan 40an yang mengelar dirinya abang mat.Katanya kami dah kenal lama dengan calon PAS memang perangainya dari dulu tidak pernah ubah.

Sebaik saja tamat majlis maulidur rasul dan solat isyak,kesemua hadirin dijemput orang kampung menikmati jamuan yang disediakan.

Namun semalam keharmonian tersebut di cemar dengan sikap calon PAS hingga menyakitkan hati orang orang kampung apabila beliau menolak untuk turut makan bersama Calon BN Ustaz Ibra,YB PAS Syed Hamid dan Datuk Seri Ismail Sabri.

Hasanudin berasakan tercabar apabila beliau terpaksa mengaminkan doa calon BN malah beliau pula terpaksa duduk dibelakang hinggakan mukanya langsung tidak mampu untuk senyum.

Sebaik solat Isyak,Hasanudin terus beredar tidak mahu bersama sama penduduk kampung. Sombong dan angkuh!

Tindakan Hasanudin bertepatan dengan sikap wali selipar Nik Aziz yang akan memperlekehkan mana mana pihak yang tidak memeluk Isle PAS.Busuk punya olang...ptuiihh!

RM1.80 (Harga Gula) Sempena PRK DUN Kerdau



Mari...Mari sempena PRK Kerdau tuan-tuan dan puan-puan datang lah beramai-ramai ke DUN Kerdau dan beli kat kedai penyokong kuat PAS. Mereka sedang jual gula dengan harga RM1.80 daripada harga biasa RM2.10.. kurang 40 sen....Jualan sehingga 6 Mac sahaja Jom kita borang sama-sama !!!!.

Atas jualan murah peruncit tersebut, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencabar PAS untuk menjual gula pada harga lebih rendah di semua negeri yang ditadbir pembangkang.

Wira berharap sangat pihak PAS dapat jual gula bukan sahaja semasa pilihan raya  semata-mata.  kalau hanya tunggu pilihan raya gamaknya pengguna kena simpan la stok banyak bimbang lak kedai tu mula sembunyi bekalan gula. dan kecian dengan peruncit lain terpaksa bersaing walaupun kerugian bakal dihadapi.
Pastikan juga semasa membeli gula tidak sesekali menyerahkan kad pengenalan kepada peruncit dibimbangi ada agenda tertentu. Dan satu keadaan lagi bila membeli pastikan anda warganegara Malaysia kerana subsidi yang disediakan oleh PAKATAN RAKYAT sempena pilihan raya hanya dinikmati oleh rakyat Malaysia khususnya pengundi KERDAU. 

Tapi Wira dah pantau kat kedai runcit tu sekarang ni dia tak jual lagi gula dengan harga RM1.80 entah mengapa tetiba jualan dihentikan. Mungkin da rugi banyak kot atau subsidi Pakatan Rakyat tak cukup untuk tempoh kempen sehingga 6 Mac 2011.

Masjid dan Surau diserbu - DUN Kerdau

Nak kata tak ada otak.... rasanya Wira melampau sangat tapi mereka ini tak faham bahasa bila menjadikan tempat beribadat sebagai tempat ceramah politik. Tanpa permit pula tu. Kalau BN yang buat bukan main lagi pemimpin-pemimpin pembangkang 'menyalak' dan mencanangkan isu ini merata tempat. Masa tu la guna undang-undang untuk terus kenakan jentera kempen BN.

Apa yang berlaku di Masjid Rumpun Makmur adalah satu daripada bukti kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PAS. Nik Aziz tanpa segan silu masuk masjid dan mengadakan ceramah politik tanpa sebarang permit. Siak Masjid Tumpun Makmur turut mengeluh kerana jawatankuasa masjid diketepikan oleh Nik Aziz dan beliau bimbang akan wujud fahaman-fahaman tertentu yang mampu memecag belahkan qariah yang datang ke masjid ini.

Diharap keadaan ini dapat ditangani segera pihak berkuasa sepanjang tempoh kempen baik bagi DUN Merlimau mahupun DUN Kerdau.

Thursday, February 24, 2011

Calon BN Kerdau mula difitnah

Wira tertarik sangat dengan artikel ini dan mari kita kongsi:-




Sumber gambar : Berita Harian

Hari ini diperkata tentang anak Syed Ahmad telah meninggal dunia selepas seorang Syed juga anak kepada Syed Ahmad yang lain di Kerdau bernama Syed Ibrahim telah dipilih Allah menjadi calon Barisan Nasional. 

Apa yang hendak dikaitkan di sini keturunan Syed di atas telah meninggal dalam keadaan amat baik ketika  bersolat semasa menjalani latihan PLKN yang baik kepada pembentukan dirinya.  
Berita sini http://www.bom321.com/ 


Sama juga dengan Calon BN berlulusan Al Azhar bernama Syed Ibrahim Syed Ahmad tersebut sangat sesuai mewakili rakyat dengan harapan anak mukim dan kawasan beliau akan kuat amalan kerohanian. 


Meskipun sudah mula difitnah oleh Pakatan Rosak dengan dakwaan tiada sijil dari Al Azhar.


Dan seorang Syed juga akan menyokong dan berjuang untuk perkara yang baik. Meskipun masih ada juga beberapa orang keturunan Syed yang gagal menghayati maksud perjuangan Nabi sehingga menyokong Pakatan yang menindas orang Melayu, menghina Islam serta meliberalkan agama termasuk kalimah Allah.


Keturunan Nabi sebenar sesekali tidak akan sokong Pluralisme yang mengakui semua agama benar, mereka juga akan menolak peliwat atau penjenayah, atau penipu atau penfitnah.


Patutlah anak Nabi Nuh tidak dianggap keluarga baginda lantara tidak mengikut perjuangan ayahandanya menegakkan agama Allah sehingga karam ditelan banjir.


Sebentar tadi semasa mencari kisah ulama meninggal dalam keadaan solat maka Panglima terjumpa kisah oleh ahli motivasi Ustaz Pahrol Mohd Juoi tentang keadaan orang soleh yang meninggal dalam solat.


Terasa gelombang dan aura 'sedih' dalam tulisannya !!! tulisannya ada di sini http://genta-rasa.com/ 


Dalam banyak yang mati hari ini, Panglima merasa sangat sedih bila umat Islam mati tanpa sebab munasabah di Libya. Ia dilapor oleh Berita Agensi Barat yang dikatakan telah mencecah 1000 orang.


Benar atau tidak Wallahu A'lam.


Terfikir juga adakah kita mahu mati dalam keadaan sebagai 'pengkhianat' atau 'pemberontak' atau lebih dikenali dengan gelaran Bughoh dalam fekah ???


Jangan kita terima fatwa Yusuf Qaradawi bahawa SYAHID jika mati lawan pemerintah. Begitu juga perintah agar dibunuh pemerintah Libya oleh ulama tersebut.


Kenaikan harga minyak hari ini dan kejatuhan saham dunia khasnya Asia adalah disebabkan permainan BARAT ANTI ISLAM yang mahu menyekat kebangkitan ASIA sebagai kuasa ekonomi atau paksi baru dunia. 


Mereka juga mahu menyekat pembangunan negara pengeluar minyak yang kebanyakannya adalah ISLAM dan SAUDARA SEAGAMA kita. Minyak naik, inflasi naik, harga barang naik dan akhir sekali RAKYAT NAIK MINYAK !


Bila negara huru-hara mereka akan naikkan proksi kesukaan mereka dan akan berlakulah penjajahan baru tanpa rakyat dan umat Islam sedar.


Ingat balik bagaimana disebabkan hasutan maka  tiga Khalifah yang juga Sahabat dan dua Cucunda Rasulullah saw telah dibunuh dengan kejam angkara munafiq dalam Islam. 



Artikel berkaitan sila tengok di sini http://penembak-tepat.blogspot.com/ 


IJMAK ULAMA tidak pernah mengakui mendapat syahid melawan pemerintah. 


Bahkan hukuman mati boleh dikenakan kepada sesiapa yang memberontak. 


Jika nak berpegang kena tengok IJMAK ULAMA baru boleh dijadikan sandaran !!!


Sebab itu Panglima sebenarnya tidak suka dengan Yusuf Al Qaradawi yang tidak jelas pendirian beliau dan tidak diterima dengan IJMAK oleh ulama Islam di akhir zaman ini.


Pelik Al Jazeera sangat suka memetik fatwa beliau...


Mari kita berdoa umat Islam akhir zaman kembali bersatu atas kebenaran !!!




Jom kita kenali keturunan Nabi Ahlu Bait calon BN di Kerdau 







BIODATA CALON (info BLOG PRK KERDAU)

Nama : Syed Ibrahim bin Syed Ahmad
Tempat Lahir : Kg Kuala Tekal, Temerloh, Pahang.
Tarikh Lahir : 18 Januari 1967
Umur : 44 tahun
Alamat : Kg Bukit Seding Dato Sharif, Temerloh, Pahang.
Status : Berkahwin
Nama Isteri : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Bil Anak : Satu Lelaki dan Dua Perempuan

Pendidikan
(i) Sek Ren Keb Kuala Krau, Temerloh
(ii) Sek Men Agama Al_Kahiriah, Temeloh
(iii) Kuliah Sultan abu Bakar, Pekan Pahang
(iv) Universiti Al azhar

Pengalaman Kerjaya
(i) Pembantu Pegawai Yayasan Pahang, Kaherah, Mesir (1993-1996)
(ii) Guru Bahasa Arab dan Agama Sek Men Agama Darul Naim, Kuala Krau, Temerloh, Pahang. (1997 – 2000)
(iii) Pegawai Penyelaras Masjid Daerah, Jerantut. (Nov – Dis 2000)
(iv) Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Pahang (2001 -)

Pengalaman Politik
(i) Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau.
(ii) AJK Dakwah Kerajaan Negeri Pahang
(iii) AJK Persatuan Pelajar Timur Tengah, Pahang
(iv) Ajk Biro Latihan UMNP Pahang.
(v) Ketua UMNO Caw Kuala Tekal, Temerloh
-------------------------------------------------------
Biodata Isteri
Nama : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Umur : 45 tahun
Tarikh Lahir : 19-01-1966

Pendidikan
(i) Maahad Muahmmadi, Kota Bharu, Kelantan.
(ii) Ijazah Sarjana Muda (Usulludin.

Pengalaman
Guru Sek Menengah Agama Darul Naim