Showing posts with label Pertahan kesucian Islam. Show all posts
Showing posts with label Pertahan kesucian Islam. Show all posts

Thursday, February 24, 2011

Maklumat kepada Jentera Kempen Dun Merlimau dan Dun Kerdau

Info Negara Islam (hrp sebarkan) ulama’ memfokuskan takrifan negara Islam kepada;“kekuasaan orang-orang Islam ke atas negara dan keamanan yang mereka kecapi di dalamnya”. Iaitu mereka tidak menyebutkan tentang “penegakan/perlaksanaan Syari’at atau undang-undang Islam” dalam takrif mereka.

Antara ulama’ yang selalu dirujuk dengan takrifan sebegini ialah Imam Muhammad bin Abi Sahl as-Sarakhsi, Syeikh Muhamman Abu Zuhrah, Dr. Said Ramadhan al-Buti dan beberapa lagi.



Wednesday, February 23, 2011

Demi Islam Kita Bersatu - Harun Taib

Datuk Harun Taib, membuat teguran terbuka kepada Anwar bila tindakan Anwar terlampau sangat-sangat dengan memperlekehkan ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperingatkan kepada rakyat di negara ini agar berwaspada dengan fahaman pluralisme.

Walaupun Harun masih belum menerima laporan rasmi atas tindakan 'kurang ajar' Anwar menyentuh isu ini namun Harun memperingatkan dirinya sendiri jika perkara ini beliau lakukan juga seperti Anwar ia satu tindakan yang salah.. Adalah salah untuk umat Islam menyamakan agama Islam dengan agama lain dan ia mampu mengubah akidah umat Islam.. nauzubillah.

Harun turut menyatakan terdapat ayat Al-Quran yang membawa maksud bahawa orang yang menganut agama selain Islam, Allah tidak akan terima mereka di akhirat. Dengan perkataan lain, Al-Quran cukup jelas dan nyata untuk menjelaskan isu ini.


Amina Wudud menjadi Imam dan ini salah satu ajaran Pluralisme