Sunday, January 30, 2011

Bayangan Manifesto Pakatan Rakyat

Adakah ini satu drama realiti yang cuba dimainkan lagi oleh Anwar Ibrahim... Setelah diri tercalar dengan 1001 cerita kepimpinannya kini anaknya pula mengambil peranan menggorak satu lagi ikrar mengetengahkan MANIFESTO PAKATAN RAKYAT jika dapat mengambil alih KERAJAAN PERSEKUTUAN.

Pastinya ini satu lagi drama sinetron yang dimainkan oleh kaum kerabat Anwar. Beliau sedar bahawa jika Anwar yang sampaikan manifeso ini pasti ramai yang akan bertanya mana janji 16 September selepas Pilihan Raya Umum Ke-12.

Antara yang Nurul Izzah ikrar;-
  1. Kualiti kehidupan masyarakat Kuala Lumpur
  2. Kualiti pengangkutan awam
  3. Pendapatan rakyat
  4. Tahap keselamatan rakyat
  5. Dasar-dasar melindungi alam sekitar
  6. Menyambut Hari Kanak-Kanak Sedunia
  7. Pusat Komuniti di zon Bandaraya
  8. Kaji semula konsep indeks bandaraya hijau.
Semua ikrar ini adalah untuk penduduk Malaysia yang tinggal di Bandaraya Kuala Lumpur. Manifesto ini tuut dipersetujui sembilan ahli Parlimen yang terdiri daripada Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Bau, Chua Tian Chang, Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun, ahli Parlimen , Segambut Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Cherasm Tan Kok Wai, Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali.

Hebat... memang hebat ikrar ini tapi hairan kenapa manifestio ini hanya di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang sememangnya mendapat suntikan langsung peuntukan Kerajaan Persekutuan di samping pembangunan bandaraya yang semakin gah atas permintaan rakyat.

Nak pertikaikan usaha kerajaan memberi rumah kos sederhana atau murah pastinya kita akan melihat usaha gigih Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang membina serta memastikan rumah kos sederhana dan kos murah dimiliki golongan muda yang baru berkeluarga. Terkini 30,000 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Kuala Lumpur dibina untuk memindahkan setinggan dan penduduk yang ditimpa bencana alam.

Papan Tanda PPR Kg. Muhibbah realiti punya bukan Sinetron daripada Pakatan Rakyat
Dan berita yang lagi terbaharu, DBKL dengan kerjasama Barisan Nasional Lembah Pantai telah berjaya membantu 19 keluarga yang menetap di Kampung Chetty, Jalan Klang Lama untuk mendapatkan rumah PPR di kawasan yang berdekatan.

Sumber; Pendekatan bijak Balai Polis Sentul atasi kadar jenayah (Utusan Malaysia 14/07/2010)
KUALA LUMPUR 13 Julai - Setiap balai polis di negara ini mempunyai cara tersendiri untuk memastikan kawasan pentadbiran itu bebas daripada jenayah.

Balai Polis Sentul yang terletak di tengah-tengah ibu negara tidak terkecuali melaksanakan pelbagai kaedah bagi mengawal jenayah di kawasan tadbiran balai tersebut.

Dengan bilangan penduduk seramai 219,172 orang atau nisbah seorang anggota polis untuk setiap 2,435 penduduk, sudah pasti cabaran besar akan dihadapi balai polis ini sekiranya gagal menawan hati rakyat.
Untuk itu, Balai Polis Sentul mengambil pendekatan sentiasa berdamping dengan masyarakat untuk mengurangkan kadar jenayah dan ternyata sekali, amalan itu mendapat reaksi dan hasil yang positif.

Ketua Balai Polis Sentul, Cif Inspektor T. Sivakumar berkata, bagi memastikan kawasan Sentul terkawal daripada jenayah, polis sentiasa mengadakan perjumpaan dengan penduduk setempat.
"Pada masa yang sama, kita turut mengadakan kawalan berdasarkan lokasi yang sering berlaku jenayah, rondaan kerap di lokasi panas bagi memastikan keamanan di Sentul dapat dikawal," katanya pada majlis taklimat mengenai program Liga Balai Polis (LBP) di Balai Polis Sentul di sini hari ini.
Balai Polis Sentul merupakan antara empat balai polis yang terletak dalam kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dengan keluasan 11.6 kilometer persegi.
Sepanjang tahun lalu, sebanyak 1,403 jenayah indek dilaporkan berlaku di kawasan pentadbiran balai polis ini iaitu 1,027 jenayah harta benda dan 376 jenayah kekerasan.
Bagi enam bulan pertama tahun ini pula, sebanyak 418 kes jenayah indek dicatatkan iaitu 244 jenayah harta benda dan 174 jenayah kekerasan.
"Strategi Ketua Balai Polis yang sering turun padang mendekatkan hubungan kami dengan pihak polis dan penduduk di sini sentiasa memberi kerjasama penuh.
"Malah, anggota polis yang bertugas di kawasan sektor saya pun dianggap oleh penduduk seperti ahli keluarga sendiri," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sentul Utama, Mohd Idris Kahar, 69, berpendapat, Balai Polis Sentul telah membuat pendekatan yang bijak iaitu berdamping dengan masyarakat setempat.

"Salah satu keunikan strategi mereka dapat dilihat ketika Majlis Malam Mesra, kerana yang hadir adalah golongan suri rumah setempat, isteri-isteri anggota dan ahli-ahli Persatuan Keluarga Polis (Perkep).


No comments:

Post a Comment