Tenang... antara pelajar Malaysia yang menanti bantuan keselamatan Kerajaan Malaysia |
Tahniah kepada Kerajaan Malaysia berjaya membawa kembali rakyat Malaysia dengan selamat. Walaupun usahamu dikatakan 'lakonan semata-mata untuk politik'; percayalah rakyat Malaysia ada otak untuk berfikir tidak akan termakan racun fitnah yang cuba ditabur oleh penyangak, pengkhianat dan lanun politik dhajal yang sememangnya ada kepentingan diri bukan untuk perjuangan sebenar kepada rakyat Malaysia.
Tidak ketinggalan juga usaha kerajaan negeri yang masing-masing berperanan berusaha membawa pulang pelajar-pelajar yang mereka taja. Pastinya ini satu pengalaman dan kenangan yang cukup bermakna kepada mereka kerana demi keselamatan diri terpaksa meninggalkan pusat pengajian walaupun hati rasa berat.
OPS PIRAMID....usaha bermula demi keselamtan rakyat Malaysia di Mesir |
Sesungguhnya Ops Piramid adalah satu operasi yang cukup pantas dan cekap yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia. Demi keselamatan rakyat Malaysia mereka sanggup berdepan dengan BIROKRASI MESIR. Ketegasan pemimpin Mesir bukan sahaja beri beban kepada usaha untuk menyelamat serta mengeluarkan rakyat Malaysia tetapi turut menambahkan kos operasi (10 minit kelewatan bagi setiap penerbangan memerlukan bayaran US$400).
Antara usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri dibawah pemimpin BN:-
- Semua kos penerbangan rakyat Malaysia ditanggung oleh Kerajaan Malaysia;
- RM200 setiap hari diberikan kepada rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir;
- Makanan disediakan di lapangan terbang Mesir untuk rakyat Malaysia bermula pengumuman darurat oleh Kerajaan Mesir;
- Setiba di Jeddah semua rakyat Malaysia disediakan tempat penginapan dan makanan;
- Sentiasa memastikan rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat dari semasa ke semasa; dan
- Menawarkan pusat pengajian di sekitar Malaysia kepada pelajar yang masih menuntut di Mesir sekiranya pelajar tersebut tidak lagi berminat untuk meneruskan pengajian di sana;
Adakah ini semua dilakukan untuk 'kredit politik semata-mata'. Apa pun semuanya difikiran ANDA. Pastinya banyak lagi usaha kerajaan Malaysia untuk memastikan KITA SELAMAT baik di tanahair sendiri mahupun di tempat orang.
No comments:
Post a Comment