Wednesday, March 2, 2011

2011 03 01 Bob Lokman


Ini salah satu ceramah PAS zaman kini.. Wira ni minat sangat ngan Bob Lokman sebab setiap lakonan yang dibawa dalam drama cukup menyentuh kalbu... Hish rasa pulak hati ini macam perempuan... Tapi tak salah lelaki juga ada taman dalam hati yang penting tidak melakukan perbuatan di luar tabii.. nauzubillah.

Al-kisah Wira tunggu punya tunggu nak dengar sendiri Bob Lokman berceramah politik... pehhhhh memang lagi menyengat la dia ceramah sebab siap dengan lagu dia dendangkan dan bagaimana hati terbuka untuk menjadi ahli PAS.

Rupanya Bob ni jiwanya kosong sepanjang dia menjadi artis dan bila mendengar ceramah Tok Guru, hatinya terbuka untuk cari syiar Islam.. Rupanya PAS ni memang la pejuang agama Islam. Alhamdulillah tapi kenapa melalui parti politik baru ada kesedaran diri Bob? Mengapa bila sedar Bob menguar-uarkan kepada umum bukankah dalam Islam kita perlu bersifat seperti padi makin berisi makin tunduk?

Bob sayangkan Islam dan Bob amat takut kepada Allah... Bob dah taubat sebagaimana pengakuannya Bob Budak Alkohol tapi kembali kepada syiar Islam melalui PAS.. Bermakna Bob sedar pentingnya Islam kerana PAS bukan kerana Allah s.w.t sepenuhnya.. Nauzubillah.

No comments:

Post a Comment