Tuesday, March 1, 2011

PRK DUN N.28 Kerdau : Nik Aziz Tolak Asal-Usul Untuk Dapatkan Sokongan -...


JENGKA 28 Feb -- Kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa beliau tidak berbangga menjadi bangsa Melayu hanyalah gimik politik yang sering digunakan terutama dalam usahanya untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan apa yang dinyatakan oleh Nik Aziz itu bukanlah suatu yang mengejutkan kerana dia akan membuat apa sahaja kenyataan untuk dapat perhatian.

"Sekarang ni dia tak bangga jadi orang Melayu kerana dapat undi dari orang bukan Melayu, dan kalau nak dapat undi dari orang bukan Islam, saya percaya satu hari nanti mungkin Nik Aziz akan cakap dia tak bangga jadi orang Islam.

"Itulah Nik Aziz, Mursyidul Am Pas, bila-bila masa boleh berubah hanya untuk kepentingan politik," katanya selepas melancarkan Program Tukar di Felcra Rumpun Makmur.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz bahawa beliau tidak minta untuk dilahirkan sebagai seorang berbangsa Melayu dan secara kebetulan lahir di negara ini.

No comments:

Post a Comment