Tuesday, March 1, 2011

BN Ciplak Buku Jingga

BN dituduh menciplak Buku Jingga dengan senyap-senyap. Hanya disebabkan BN berjaya mengumum serta melaksanakan beberapa perkara yang secara kebetulan ada tertera dalam janji 100 hari jika Pakatan Rakyat Memerintah Kerajaan Malaysia.

Hanya disebabkan perkataan 'kebetulan', Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Komunikasi PKR merangkap YB Seri Setia menyatakan dengan lantang BN telah menciplak IDEA dan DASAR-DASAR yang ada dalam BUKU JINGGA.

Dan dengan kebetulan itu juga sebagai seorang yang ada kelulusan tinggi dan miliki jawatan penting dalam PKR Nazmi menggunakan ayat 'mungkin'. 

"Mungkin kerana dasar-dasar dalam Buku Jingga boleh dilaksanakan menyebabkan Najiz menolak tawaran berdebat dengan Penasihat PKR, Daruk Seri Anwar Ibrahim tempoh hari"..... petikan Sinar Harian 2 Mac 2011 m.s  N2.
Ini jelas Nik Nazmi telah memberi satu persepsi berbaur politik untuk mempopuliskan dirinya kerana yakin jika isu ini diketengahkan rakyat Malaysia seolah-olah Barisan Nasional telah mengambil idea daripada Buku Jingga yang nyata dan jelas buku ini daripada 10 janji yang akan ditunaikan 2 sahaja berbentuk realiti manakala 8 adalah satu janji politik yang nyata berbentuk ilusi dan keberangkalian untuk dilaksanakan amatlah tipis sekali.

Ini antara janji 100 hari yang terkandung dalam Buku Jingga:-

  1. Mereformasikan institusi SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM - setiap tahun mana-mana agensi atau jabatan di negera ini akan membaiki sistem pentadbirannya tidak kira kerajaan apa pun yang memerintah dan ini adalah REALITI.
  2. Memansuhkan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA)- Mana negara yang kata ISA tidak penting? Demi kemakmuran dan keselamatan sesebuah negara ISA dijadikan sandaran kepada kerajaan yang memerintah cuba tengok sendiri Amerika dan Singapura...(satu janji yang cukup ILUSI).
  3. Menggunakan Khazanah Berhad, KWSP dan lain-lain badan kerajaan yang memiliki konsesi mengambil alih aset lebuh raya bagi tujuan menghapuskan tol... (sampai bila ia bertahan; Pakatan Rakyat perlu keluarkan fakta anggaran setiap tahun bagi menampung kos tol yang nak dihapuskan barulah jelas kesungguhan janji ini) - janji ILUSI
  4. Rombak subsidi negara. RM19 bilion? Sampai bila ia mampu bertahan untuk menampung kos permintaan rakyat Malaysia sedangkan realitinya harga pasaran dunia tidak menentu baik gas mahupun barang makanan. janji ILUSI
  5. Iktiraf peranan dan jasa kakitangan awan dan kaji semula imbuhan perguruan RM500 sebagai penghargaan guru pendidik bangsa. (Peningkatan gaji takkan kepada guru sahaja kata nak bagi dengan kakitangan awam dan BN telah memberi penghargaan kepada guru besar, guru dan kakitangan sokongannya hasil daripada NKRA dan ini dikatakan pula ciplak sedangkan NKRA telah bermula sejak tahun lepas lagi). janji ILUSI
  6. Mengambil semula konsesi pengurusan air yang diurus oleh swasta kerana ia hak rakyat. (Bagaimana dengan kos penyelenggaraan membaik pulih kualiti air. apa yang berlaku di Kedah tarif air meningkat disebabkan apa?) Janji ILUSI
  7. Menyediakan perkhidmatan WI-FI percuma kepada rakyat di kawasan bandar dan luar bandar. (BN telah melancarkan jalur lebar dalam dan luar kawasan bandar dan  Pakatan Rakyat hanya boleh meneruskan dasar ini bila berjaya memerintah kelak) Janji REALITI.
  8. Batalkan Felda Plantations untuk buka ladang-ladang kepada generasi kedua dan ketiga. (Jika Pakatan Rakyat mampu membatalkan Felda kerana penduduk Felda tau apa hak mereka selama ia ditubuhkan pastinya ayah kepada Anwar Ibrahim cukup terhutang budi dengan hasil FELDA) janji ILUSI
  9. Menaikkan royalti minyak Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%. (Sejak PRU-12, janji ini dicanangkan oleh Pakatan Rakyat. Cuba keluarkan anggaran yang jelas kemampuan PR meningkatkan royaliti jangan hanya menendangkan lagu tanpa lirik untuk menyedapkan halwa telinga rakyat semata-mata) janji ILUSI
  10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk selesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah. (Pembangkang pernah menawan Sabah hampir 10 tahun tetapi masalah PTI masih wujud bila BN perintah kadar kemasukan PTI berkurang dan dapat dikawal sehingga hari ini.) -janji ILUSI.

No comments:

Post a Comment