Tuesday, March 1, 2011

Air Yang Tenang Tetap Ada Buaya di DUN Kerdau

Ramai yang kata kalau berada di DUN Kerdau, anda tidak akan rasa kehangatan Pilihan Raya Kecil kerana jentera calon kedua-dua parti hanya dilihat menemui rakyat secara bersemuka... Tapi setiba Wira ke DUN Kerdau  semalam ternayat suasana tidak seperti yang dikatakan Wira merasakan ada 'buaya dalam semak yang bakal beraksi".

Dan bila Wira membuka laman Malaysiakini sebentar tadi apa yang selama ini Wira jangka memang tepat. Wartawan Malaysiakini dapat menghidu juga suasana yang Wira rasai:-

 Kerdau: Perang risalah tak setenang di permukaan


Setenang-tenang air di lautan, jangan disangka tiada buaya.

Begitulah boleh diibaratkan tentang keadaan kempen dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau yang sudah masuk hari keempat.

Walaupun sekali imbas, kempen kedua-dua calon bertanding - Syed Ibrahim Syed Ahmad daripada BN dan Hassanuddin Salim daripada PAS - nampak tidak terlalu agresif, perkara sebaliknya berlaku dalam perang psikologi sesama mereka.

NONEDalam pusingan pertama ini, nampaknya BN lebih berjaya menarik perhatian dan memancing emosi sejumlah 8,999 pengundi di kawasan DUN itu melalui risalah tertentu.

Selain tabloid Suara Kerdau, Debat Rakyat, Khabar Pahang yang memuatkan penjelasan tentang isu yang dibangkitkan lawannya, terdapat juga majalah yang memaparkan 105 kejayaan Felda dan bahan kempen yang menghentam Hassanuddin dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Debat Rakyat misalnya memfokuskan tentang trend sokongan pada BN dalam 14 pilihan raya kecil sebelum ini dan menjawab hujah dalam dasar bersama Pakatan melalui "Buku Jingga" yang dipersetujui PKR, DAP dan PAS.

(klik sumber artikel untuk artikel penuh).



No comments:

Post a Comment