Tuesday, March 1, 2011

Skuad Intip BN 24 Jam

Sumber gambar: http://klboyzwangsa.blogspot.com
Skuad kamera mengintip BN telah dilancarkan sempena Pilihan Raya Kecil Dun Merlimau dan Dun Kerdau.. Skuad ini akan beroperasi selama 24 jam bermakna PAS telah merekrut jentera khas untuk memastikan skuad ini berjaya menjaga pergerakan BN selama 24 jam sehinggalah hari mengundi 6 Mac 2011.

Cukup menghairankan kenapa di saat-saat ini skuad skoding PAS muncul adakah tidak cukup dengan jentera Pakatan Rakyat yang berperanan dalam dunia siber. Atau pun PAS tidak percaya dengan parti SEKUTUNYA kerana kekalahan beberapa kerusi Piliahn Raya Kecil adalah sedikit sebanyak disebabkan rakan sekutu ada yang berpaling tadah.

Apa pun usaha PAS pastinya rakyat lebih mengetahui kemungkaran, pembohongan dan fitnah yang mereka lakukan selama ini. Dan setiap kali adanya pilihan raya baik umum mahupun kecil pasti PAS akan mengeluarkan satu fatwa demi menghalalkan kempen PAS.

No comments:

Post a Comment