Wednesday, February 16, 2011

7:5 Siapa Calon Sebenar DUN Merlimau?



7:5 pasti menjadi sebutan di kalangan pengundi dan politikus DUN Merlimau... baik BN mahupun PAS tidak terkecuali membuat persepsi bersandarkan kepada profil bakal calon... Bak kata pepatah Melayu.. pilih-pilih buah langsat jangan sampai terpilih ............ Anda bole fikirkan sendiri.

Senarai di bawah ini antara yang Wira capai dari dunia siber tanpa sempadan pasti Anda ingin mengenali siapa mereka:-

CALON BN


Datuk Hj Mohd Said bin Yusof
 1.  Datuk Hj Mohd Said Bin Yusof

Seorang pemimpin yang cukup dikenali seluruh DUN Merlimau. Beliau memegang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jasin. Dengan berpendidikan Diploma Pengurusan Koperasi pasti dapat membantu meningkatkan kadar ekonomi DUN Merlimau yang nyata lebih kepada sektor perkilangan dan perniagaan.
Paling utama sekali beliau adalah mantan ahli Parlimen Jasin pada tahun 2004.






Zaleha Bujang
2. Zaleha Bujang

Kepimpinan, komitmen, mesra rakyat serta mempunyai asas agama  antara kategori yang boleh melayakkan Zaleha berada di kalangan calon BN yang berpotensi bagi DUN Merlimau . Kini beliau menyandang jawatan Setiausaha Wanita Barisan Nasional merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin. Tahap pendidikan Zaleha ialah Diploma Pentadbiran Awam.







Abdul Nasir bin Bazid

3. Abdul Nasir Bazid

Penduduk Merlimau menyatakan Abdul Nasir mempunyai berwatakan yang cukup baik dengan mudah didampingi serta mesra rakyat. Kerjaya Abdul Nasir hanya sebagai seorang peniaga dengan kelulusan MCE. Namun semua ini bukan halangan bagi Nasir menceburi bidang politik sejak tahun 2008 hinggalah kini.









Mohamad Nasser Hj Selamat
  4. Mohamad Nasser Hj Selamat

Nasser merupakan seorang pemimpin yang mudah didampingi tanpa mengira  bangsa dan agama. Sebagai pegawai kerajaan, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Tanah adat Melaka (PERTAM) pasti lebih mengetahui permasalahan rakyat sekitar DUN Merlimau.









Roslan Datuk Hj Ahmad
 5. Roslan Datuk Hj Ahmad

Mempunyai kenalan yang ramai serta mudah didampingi adalah kunci utama Roslan turut disebut-sebut antara calon DUN Merlimau. Beliau kini menjawat jawatan AJK UMNO Bahagian Jasin dan berkerjaya sebagai Pengurus Perbadanan Melaka Holdings. Pastinya kerjaya sebagai pegawai kerajaan lebih arif mengetahui kehendak dan keinginan rakyat khusunya DUN Merlimau.






CALON PAS


1. JASME BIN TOMPANG

Jasme adalah pemimpin yang cukup dikenali di kalangan pengundi DUN Merlimau. Sejak tahun 1999 hingga 2008 beliau telah menyertai pilihan raya umum (1999 dan 2008 - kerusi DUN Merlimau) dan (2004 - kerusi Parlimen Jasin). Namun ketiga-tiga pertandingan masih belum membuahkan hasil. Namun semangat beliau masih utuh demi PAS yang kini menyandang jawatan Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Melaka.




Kamarudin Sidek

2. KAMARUDIN SIDEK

Pengalaman bertanding 2 penggal bagi kerusi DUN Serkam pada tahun 2004 dan 2008 telah memperkenalkan diri beliau kepada dunia politik negeri Melaka. Kini beliau memegang jawatan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin secara langsung memberi ruang kepada beliau untuk terus mendampingi pengundi DUN Merlimau jika dicalon.







Tarikh keramat 12 Februari 2011  sedikit sebanyak menyebabkan hati  di kalangan bakal-bakal calon DUN Merlimau semakin gunda gulana sekali gus menyebabkan mereka kurang tidur. Apa pun pilihan pucuk pimpinan kedua-dua parti yang bakal bertanding dapat membuat pilihan yang tepat mengikut kehendak rakyat.

Wira hanya berkesempatan memperkenalkan beberapa calon BN dan PAS... insya allah maklumat DUN Merlimau akan kita kongsi bersama demi memastikan ANDA tidak ketandusan maklumat. Jika pertandingan ini mempertemukan mantan kakitangan kerajaan pasti isu-isu setempat berupaya dijawab oleh calon yang bertanding kerana berlatar belakang mereka berupaya meyakinkan raykat DUN MERLIMAU..

No comments:

Post a Comment