Wednesday, February 23, 2011

Roslan Ahmad - Calon Dun Merlimau

Gambar Ehsan: Eizwan Abdullah

Inilah calon BN bagi DUN Merlimau, Roslan Ahmad, 44 tahun merupakan Pengurus Perbadanan Melaka Holdings. Sebagai AJK UMNO Bahagian Jasin dikatakan beliau mudah didampingi dan mesra rakyat. Semoga beliau berjaya menawan kerusi DUN Merlimau. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan calon BN Merlimau dengan sambutan lebih 3,000 penyokong BN di Command Centre, Merlimau.

2 comments:

  1. Tahniah dan syabas kepada calon BN. Perlu bekerja kuat dalam semua keadaan. Yang lebih penting mestilah mesra rakyat. Ikut contoh YAB Ketua Menteri Melaka yang mendampingi seluruh rakyat tanpa mengira masa. Kepada yang merajuk, perlu yakin dan percaya pada qada' dan qadar Ilahi. Yang kita minta kepada Allah bukan pangkat tetapi rezeki yang melimpah ruah. Kalau kita redha dan bersyukur, rezeki akan datang dari punca yang kita tidak mengetahuinya.

    ReplyDelete
  2. Congratulations To Wira Merlimau For Getting Involved In Spreading Positive Messages To All Readers Interested in the by election of DUN Merlimau. For information, I know the candidate very well and he is full of commitment, if elected, to serve the people of Merlimau, in particular, and the Rakyat Of Melaka based on the One Malaysia concept.

    Please vote Roslan as your Wakil Rakyat For Merlimau.

    1. Mengapa anda menawarkan diri untuk menjadi jambatan antara rakyat dan Kerajaan di Merlimau?

    Berbakti kepada penduduk di Merlimau. Akan cuba melaksanakan tanggungjawab dan tugas sebagai wakil rakyat seperti yang pernah dilakukan oleh Allahyarham bapa sebelum ini.

    2. Sekiranya anda dipilih sebagai DUN Merlimau, apakah keutamaan anda?

    Merlimau terus memerlukan lebih banyak pembangunan. Saya akan tepati keperluan-keperluan setempat. Saya berterima kasih YAB Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kerana memberi kepercayaan kepada saya sebagai calon di DUN Merlimau.

    3. Bagaimana peluang RON untuk berjaya dalam pilihan raya kecil ini?

    Peluang adalah cerah dan yakin semua lapisan masyarakat di belakang BN. Masyarakat tahu hanya Kerajaan BN yang boleh memberi perkhidmatan terbaik untuk mereka. Penampilan serta bantuan jentera diketuai oleh Ketua Menteri Melaka, akan memberi peluang terbaik kepada calon.

    4. Ikrar Calon Barisan Nasional?

    Akan merealisasikan tanggungjawab kepada rakyat di Merlimau. Akan membawa suara rakyat Merlimau ke DUN demi kesejahteraan rakyat.

    5. Apa tanggapan orang terhadapRON ?

    Ia adalah calon yang masih muda, Mempunyai asas-asas pengalaman, Masih bertenaga dan sihat, Bersedia bekerja, membantu rakyat


    Daripada,
    Panel Pemikir, MM

    ReplyDelete