Belum selesai isu kauters guru datang pula satu lagi isu hangat "Yuhaizad pernah menjawat jawatan dalam Gerakan 4B Jasin". Tapi ini yang Wira perolehi pendedahan dariapda Penasihat Gerakan 4B Jasin:-
Penasihatnya, Datuk Hasan Rahman berkata, setelah diteliti keahlian pertubuhan tersebut di daerah itu, calon Pas tersebut didapati tidak pernah menjadi ahli seperti yang didakwanya dalam sebuah akhbar hari ini.
“Dakwaan beliau (Ruhaizad) pernah menjadi ahli Gerakan Belia 4B di Jasin adalah tidak benar. Kita telah teliti keahlian di peringkat cawangan memang namanya tidak ada.
“Saya tidak pasti bagaimana beliau boleh mendakwa pernah menjadi ahli pertubuhan ini. Mungkin beliau cuba untuk meraih simpati daripada pengundi di Merlimau,” katanya.
Tak habis-habis pula dengan calon PAS Merlimau ni adakah ini calon yang TERBAIK bagi PAS?. Sebagai bakal pemimpin yang UNGGUL tidak kira calon yang mewakili mana-mana parti pastikan ANDA adalah pemimpin yang jujur, amanah dan telus dalam setiap perjuangan jangan sesekali membohongi sesuatu yang bukan menjadi hak kita kerana semua ini akan terbongkar juga.. Keaiban bakal menyelubungi diri kita.
No comments:
Post a Comment