Thursday, February 24, 2011

Calon BN Kerdau mula difitnah

Wira tertarik sangat dengan artikel ini dan mari kita kongsi:-




Sumber gambar : Berita Harian

Hari ini diperkata tentang anak Syed Ahmad telah meninggal dunia selepas seorang Syed juga anak kepada Syed Ahmad yang lain di Kerdau bernama Syed Ibrahim telah dipilih Allah menjadi calon Barisan Nasional. 

Apa yang hendak dikaitkan di sini keturunan Syed di atas telah meninggal dalam keadaan amat baik ketika  bersolat semasa menjalani latihan PLKN yang baik kepada pembentukan dirinya.  
Berita sini http://www.bom321.com/ 


Sama juga dengan Calon BN berlulusan Al Azhar bernama Syed Ibrahim Syed Ahmad tersebut sangat sesuai mewakili rakyat dengan harapan anak mukim dan kawasan beliau akan kuat amalan kerohanian. 


Meskipun sudah mula difitnah oleh Pakatan Rosak dengan dakwaan tiada sijil dari Al Azhar.


Dan seorang Syed juga akan menyokong dan berjuang untuk perkara yang baik. Meskipun masih ada juga beberapa orang keturunan Syed yang gagal menghayati maksud perjuangan Nabi sehingga menyokong Pakatan yang menindas orang Melayu, menghina Islam serta meliberalkan agama termasuk kalimah Allah.


Keturunan Nabi sebenar sesekali tidak akan sokong Pluralisme yang mengakui semua agama benar, mereka juga akan menolak peliwat atau penjenayah, atau penipu atau penfitnah.


Patutlah anak Nabi Nuh tidak dianggap keluarga baginda lantara tidak mengikut perjuangan ayahandanya menegakkan agama Allah sehingga karam ditelan banjir.


Sebentar tadi semasa mencari kisah ulama meninggal dalam keadaan solat maka Panglima terjumpa kisah oleh ahli motivasi Ustaz Pahrol Mohd Juoi tentang keadaan orang soleh yang meninggal dalam solat.


Terasa gelombang dan aura 'sedih' dalam tulisannya !!! tulisannya ada di sini http://genta-rasa.com/ 


Dalam banyak yang mati hari ini, Panglima merasa sangat sedih bila umat Islam mati tanpa sebab munasabah di Libya. Ia dilapor oleh Berita Agensi Barat yang dikatakan telah mencecah 1000 orang.


Benar atau tidak Wallahu A'lam.


Terfikir juga adakah kita mahu mati dalam keadaan sebagai 'pengkhianat' atau 'pemberontak' atau lebih dikenali dengan gelaran Bughoh dalam fekah ???


Jangan kita terima fatwa Yusuf Qaradawi bahawa SYAHID jika mati lawan pemerintah. Begitu juga perintah agar dibunuh pemerintah Libya oleh ulama tersebut.


Kenaikan harga minyak hari ini dan kejatuhan saham dunia khasnya Asia adalah disebabkan permainan BARAT ANTI ISLAM yang mahu menyekat kebangkitan ASIA sebagai kuasa ekonomi atau paksi baru dunia. 


Mereka juga mahu menyekat pembangunan negara pengeluar minyak yang kebanyakannya adalah ISLAM dan SAUDARA SEAGAMA kita. Minyak naik, inflasi naik, harga barang naik dan akhir sekali RAKYAT NAIK MINYAK !


Bila negara huru-hara mereka akan naikkan proksi kesukaan mereka dan akan berlakulah penjajahan baru tanpa rakyat dan umat Islam sedar.


Ingat balik bagaimana disebabkan hasutan maka  tiga Khalifah yang juga Sahabat dan dua Cucunda Rasulullah saw telah dibunuh dengan kejam angkara munafiq dalam Islam. 



Artikel berkaitan sila tengok di sini http://penembak-tepat.blogspot.com/ 


IJMAK ULAMA tidak pernah mengakui mendapat syahid melawan pemerintah. 


Bahkan hukuman mati boleh dikenakan kepada sesiapa yang memberontak. 


Jika nak berpegang kena tengok IJMAK ULAMA baru boleh dijadikan sandaran !!!


Sebab itu Panglima sebenarnya tidak suka dengan Yusuf Al Qaradawi yang tidak jelas pendirian beliau dan tidak diterima dengan IJMAK oleh ulama Islam di akhir zaman ini.


Pelik Al Jazeera sangat suka memetik fatwa beliau...


Mari kita berdoa umat Islam akhir zaman kembali bersatu atas kebenaran !!!




Jom kita kenali keturunan Nabi Ahlu Bait calon BN di Kerdau 







BIODATA CALON (info BLOG PRK KERDAU)

Nama : Syed Ibrahim bin Syed Ahmad
Tempat Lahir : Kg Kuala Tekal, Temerloh, Pahang.
Tarikh Lahir : 18 Januari 1967
Umur : 44 tahun
Alamat : Kg Bukit Seding Dato Sharif, Temerloh, Pahang.
Status : Berkahwin
Nama Isteri : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Bil Anak : Satu Lelaki dan Dua Perempuan

Pendidikan
(i) Sek Ren Keb Kuala Krau, Temerloh
(ii) Sek Men Agama Al_Kahiriah, Temeloh
(iii) Kuliah Sultan abu Bakar, Pekan Pahang
(iv) Universiti Al azhar

Pengalaman Kerjaya
(i) Pembantu Pegawai Yayasan Pahang, Kaherah, Mesir (1993-1996)
(ii) Guru Bahasa Arab dan Agama Sek Men Agama Darul Naim, Kuala Krau, Temerloh, Pahang. (1997 – 2000)
(iii) Pegawai Penyelaras Masjid Daerah, Jerantut. (Nov – Dis 2000)
(iv) Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Pahang (2001 -)

Pengalaman Politik
(i) Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau.
(ii) AJK Dakwah Kerajaan Negeri Pahang
(iii) AJK Persatuan Pelajar Timur Tengah, Pahang
(iv) Ajk Biro Latihan UMNP Pahang.
(v) Ketua UMNO Caw Kuala Tekal, Temerloh
-------------------------------------------------------
Biodata Isteri
Nama : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Umur : 45 tahun
Tarikh Lahir : 19-01-1966

Pendidikan
(i) Maahad Muahmmadi, Kota Bharu, Kelantan.
(ii) Ijazah Sarjana Muda (Usulludin.

Pengalaman
Guru Sek Menengah Agama Darul Naim

No comments:

Post a Comment