Monday, February 28, 2011

RM1.80 (Harga Gula) Sempena PRK DUN Kerdau



Mari...Mari sempena PRK Kerdau tuan-tuan dan puan-puan datang lah beramai-ramai ke DUN Kerdau dan beli kat kedai penyokong kuat PAS. Mereka sedang jual gula dengan harga RM1.80 daripada harga biasa RM2.10.. kurang 40 sen....Jualan sehingga 6 Mac sahaja Jom kita borang sama-sama !!!!.

Atas jualan murah peruncit tersebut, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencabar PAS untuk menjual gula pada harga lebih rendah di semua negeri yang ditadbir pembangkang.

Wira berharap sangat pihak PAS dapat jual gula bukan sahaja semasa pilihan raya  semata-mata.  kalau hanya tunggu pilihan raya gamaknya pengguna kena simpan la stok banyak bimbang lak kedai tu mula sembunyi bekalan gula. dan kecian dengan peruncit lain terpaksa bersaing walaupun kerugian bakal dihadapi.
Pastikan juga semasa membeli gula tidak sesekali menyerahkan kad pengenalan kepada peruncit dibimbangi ada agenda tertentu. Dan satu keadaan lagi bila membeli pastikan anda warganegara Malaysia kerana subsidi yang disediakan oleh PAKATAN RAKYAT sempena pilihan raya hanya dinikmati oleh rakyat Malaysia khususnya pengundi KERDAU. 

Tapi Wira dah pantau kat kedai runcit tu sekarang ni dia tak jual lagi gula dengan harga RM1.80 entah mengapa tetiba jualan dihentikan. Mungkin da rugi banyak kot atau subsidi Pakatan Rakyat tak cukup untuk tempoh kempen sehingga 6 Mac 2011.

No comments:

Post a Comment