Saturday, February 19, 2011

HINDRAF MASIH AKTIF



Poster ni sudah ditampal dan secara tidak langsung telah diedarkan sekitar Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor. Ternyata Hindraf masih wujud dan aktif bergerak di Malaysia.. Kalau dah diharamkan patut poster macam ni tidak sesekali terlepas... Wujudnya poster ini bila ada pihak cuba menyentuh isu sensitif yang dikatakan terkandung dalam buku 'INTERLOK'. Hindraf mahu jadi hero dan mereka sekarang telah mencabar Kementerian Dalam Negeri... apa lagi KDN buat sikit keja janganlah biarkan kita diperlekehkan.

Kenapa negeri-negeri ini sahaja dapat edaran????? hairan bin ajaib...... takkan ditaja kot apa pun Negeri-Negeri ini adalah Kerajaan Pakatan mana mungkin mereka dalang untuk menaja Hindraf??? Kerajaan Pakatan adalah kerajaan bertamadun mereka tidak suka buat kecoh-kecoh, mereka lebih suka jumpa di Mahkamah baik yang Rendah mahupun Tinggi.. suara mereka asyik berkumandang di Dewan Negara jadi apa sangatlah HINRAF ini... mana mungkin mereka pandang...

1 comment:

  1. Salam,

    Hindraf adalah pertubuhan haram, apa lagi yang hendak ditunggu oleh kerajaan. Gunakanlah undang-undang yang ada untuk menjaga kepentingan orang ramai yang mahu hidup dalam suasana harmoni dan saling hormat menghormati di antara satu dengan yang lain.

    Jangan biarkan kudis menjadi barah. Mencegah lebih baik daripada merawat.Apatah lagi melibatkan hal-hal keselamatan negara yang harganya terlalu mahal untuk dibayar.

    ReplyDelete