Saturday, February 26, 2011

Syed dan Sijil Al-Azhar

Sijil Al-Azhar bukan palsu......
Sumber : http://penembak-tepat.blogspot.com/

Berita klik sini

Isu dakwaan calon BN tidak memiliki sijil Al Azhar selesai selepas beliau menunjukkan sijilnya kepada media semalam. 

Katanya: "Seminggu saya bertahan...saya tidak suka menunjukkan sijil (ijazah), tapi terpaksa, bukan untuk takbur," katanya kepada pemberita di Dewan Tun Razak Majlis Perbandaran Temerloh selepas penamaan calon semalam. 

Pas yang malu dengan fitnahnya telah menuduh Umno yang mencipta fitnah tersebut.

Jika benar ia adalah fitnah Umno kenapa Malaysiakini tidak beritakannya? Atau menyebut tentangnya? Sedang semua tahu fitnah ini angkara Pas yang sengaja mencipta fitnah sijil selepas calonnya sebelum ini di Tenang turut terkena serangan sijil Spm yang menjadi modal dan ternyata benar bukan fitnah. 

Pas dah sumbang langkahnya dan kini terpaksa menghitung hari untuk dihukum sekali lagi di negeri pejuang alif ba ta Pendekar Mat Kilau.

Dalam hal ini Anwar dan DAP pasti akan gembira mendengarkan kekalahan Pas di Kerdau akan dapat menyekat Pas dari menerajui Pakatan pada Pru akan datang. 

Musuh Islam tidak pernah berhenti dendam mereka kepada kita semua.  Mereka menggunakan taktik 'mendekati musuh untuk menikam dari belakang'

Sebab itu Allah larang umat Islam berkawan dengan DAP !

No comments:

Post a Comment