Saturday, February 19, 2011

Daerah Mengundi Dun Merlimau


Cari punya cari Wira berjaya dapat gambrajah di atas ni.. Terima kasihlah kepada yang mendownloadkan dalam goggle image memudahkan kerja Wira untuk bagi maklumat mengenai  DUN Merlimau:-

7 daerah mengundi yang ada dalam DUN Merlimau antaranya;-
  1. Ayer Merbau  - 899 pengundi
  2. Chinchin  - 2,151 pengundi
  3. Jasin Lalang - 700 pengundi
  4. Merlimau Utara - 580 pengundi
  5. Merlimau Pasir - 2,194 pengundi
  6. Permatang Serai - 2,093 pengundi
  7. Pengkalan Samak - 2,150 pengundi
Dengan pengundi Melayu yang paling banyak tertumpu di daerah mengundi Chinchin (1,625 orang 76%), Merlimau Pasir (1,194 orang 54%), Permatang Serai (1,728 orang 83%) dan Pengakalan Samak (1,384 orang 64%). Jelas kawasan-kawasan ini akan menjadi tumpuan PAS jika mereka menjadi calon. semoga mereka berjaya menawan hati pengundi Melayu.. DAP bakal berkampung di Merlimau Pasir dengan pengundi Cina seramai 522 dan Pengkalan Samak 623 pengundi.

BN pasti akan menumpukan kepada semua kawasan daerah mengundi kerana bagi mereka semua pengundi adalah penting untuk dijaga kebajikan mereka. Wira bukan nak berat kepada BN tapi 14 PRK sebelum ini semua yang jelas membuktikan BN melakukan kesamarataan dalam menjaga kebajikan rakyat kerana mereka adalah rakyat Malaysia dan tidak dibandingkan sama sekali bangsa mahupun agama yang dianuti pengundi.

Apa pun semoga semua pihak menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin yang AMANAH, TELUS, CEKAP dan IKHLAS semasa berkempen menjelang PRK DUN Merlimau. Pastinya syurga adalah pilihan kita semua tanpa kira agama / kepercayaan yang kita anuti... Dan ingatlah hanya tuhan yang boleh menentukan syurga kepada manusia. 

No comments:

Post a Comment