Monday, February 28, 2011

Masjid dan Surau diserbu - DUN Kerdau

Nak kata tak ada otak.... rasanya Wira melampau sangat tapi mereka ini tak faham bahasa bila menjadikan tempat beribadat sebagai tempat ceramah politik. Tanpa permit pula tu. Kalau BN yang buat bukan main lagi pemimpin-pemimpin pembangkang 'menyalak' dan mencanangkan isu ini merata tempat. Masa tu la guna undang-undang untuk terus kenakan jentera kempen BN.

Apa yang berlaku di Masjid Rumpun Makmur adalah satu daripada bukti kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PAS. Nik Aziz tanpa segan silu masuk masjid dan mengadakan ceramah politik tanpa sebarang permit. Siak Masjid Tumpun Makmur turut mengeluh kerana jawatankuasa masjid diketepikan oleh Nik Aziz dan beliau bimbang akan wujud fahaman-fahaman tertentu yang mampu memecag belahkan qariah yang datang ke masjid ini.

Diharap keadaan ini dapat ditangani segera pihak berkuasa sepanjang tempoh kempen baik bagi DUN Merlimau mahupun DUN Kerdau.

No comments:

Post a Comment