Friday, February 18, 2011

Rumah AGAM Penghulu Natar - Merlimau

Rumah Agam Penghulu Natar, Merlimau

Satu lagi keunikan sejarah yang Wira nak bawa kepada ANDA sebagai generasi Malaysia yang sentiasa ingat asal usul walaupun ada pihak yang cuba 'menjahanamkan' sejarah pembentukan tamadun kita. Rumah berusia lebih 100 tahun dengan mengabungkan kemahiran tukang Melayu dan tukang Cina.

Rumah ini mempunyai dua ciri yang jelas  menggunakan  kayu (hasil pertukangan tukang Melayu) dan batu (hasil pertukangan tukang Cina). Sejak tahun 1894 pembinaan rumah ini hanya sekali sahaja dibaiki iaitu pada tahun 1915 dan sehingga kini rumah Penghulu Natar masih utuh dan tersergam indah yang terletak kira-kira 22 km dari bandar Melaka mengarah ke Muar.

Apa yang unik mengenai rumah ini? Siapa pemilik kepada rumah agam ini? Demang Abd Ghani adalah seorang Pembesar yang telah dilantik oleh British untuk mentadbir kawasan Merlimau. Tugas beliau seperti biasa menjadi pemungut cukai hasil pertanian orang kampung di samping menyelesaikan masalah awam seperti kecurian, pergaduhan antara penduduk kampung dan sebagainya.

Dengan tanggungjawab yang diberikan oleh pihak British maka Demang telah menjadikan rumah ini sebagai tempat pentadbirannya. Wira bukan pakar arkitek yang tahu keunikan setiap bentuk rumah agam ini tetapi cukup untuk menghargai reka bentuknya yang bercirikan rumah orang Melayu, rumah limas (Johor-Riau)... rumah orang Cina dan rumah orang Barat. Macam konsep 1 Malaysia pula rasanya semua ciri ada dalam satu entiti.... cukup unik.

Apa yang Wira ketahui setiap ruang di rumah agam ini mempunyai peranan masing-masing:-
  1. Anjung - Tempat pentadbiran dan perbicaraan untuk menyelesaian sesuatu masalah.
  2. Loteng - Bilik menyimpan harta / khazanah milik Demang.
  3. Pelantar - Tempat untuk jemur padi, hidang kuih dan ikan dan ada kala menjadi tempat untuk majlis.
  4. Rumah dapur - Diguna khas kepada kaum ibu untuk bersaji, berhibur, tempat berbincang dan ada kalanya untuk tempat tidur.
  5. Rumah masak - Dapur untuk menghidang makanan dan sering menjadi tempat majlis kenduri kendara kepada orang yang mengunjunginya dan penduduk kampung daerah Jasin.
Antara ukiran pada tiang Rumah Penghulu Natar



Manakala yang paling unik sekali bahagian utama rumah berasaskan kayu tidak sama sekali  menggunakan paku.

Semamangnya ukian ini beri seribu makna

Ukiran pada tiang serambi



Jelas ukiran ini milik tukang Cina.

Mengapa nama rumah ini Penghulu Natar. Demang telah mewarisi rumah ini kepada anak hinggalah kepada cucu  cicitnya. Anak Demang telah dikenali sebagai Penghulu Mad Natar dan bersempena dengan nama anak beliau maka rumah ini telah diberi sebagai Rumah Penghulu Natar.

No comments:

Post a Comment