Sunday, February 27, 2011

Kenang Budi Bukan Ungkit - Jentera Pas

Ternyata Jentera PAS cukup bijak menggunakan duit rakyat untuk tujuan kempen sepanjang PRK Merlimau-

RAYUAN DERMA UNTUK PRK MERLIMAU

Tabung Pilihanraya PAS Melaka No akaun: 04015010060272 Bank Islam. Rayuan kepada semua pencinta Islam dan keadilan untuk menyumbangkan sekadar termampu bagi membantu jentera pilihanraya Dun Merlimau. 

(Artikel penuh mengatakan Ali Rustam guna Duit Rakyat)

Syabas kepada Jentera PAS dan mereka turut mencemuh tindakan pembangunan yang dibawah oleh Ketua Menteri Melaka menyentuh isu yang sama "GUNA DUIT RAKYAT". PAS turut mengklasfikasikan Ketua Menteri Melaka adalah pemimpin yang mempunyai minda kelas ketiga.

Disebabkan ketiadaan isu yang hendak dilontar sepanjang tempoh kempen bagi PRK Merlimau, jentera PAS mula menyerang usaha murni kerajaan Melaka dengan memberi kemudahan kepada seluruh rakyat Melaka. Cukai? Memang semua diharuskan membayar cukai khususnya kepada individu yang mempunyai kemampuan dalam pendapatan sebulan. Tetapi ada yang terkecuali iaitu individu yang gajinya dibawah paras RM1,500, tidak sama sekali dikenakan cukai pendapatan. Dan terdapat juga klausa yang menyebut cukai turut dilepaskan kepada individu yang ramai tanggungan (anak), pendidikan, kurang upaya, kos perubatan dan banyak lagi. Semua dapat lepas daripada cukai. (Klik disini untuk melihat sendiri pelepasan cukai kepada individu pemastautin)

Apa yang Wira hendak ketengahkan ialah semua pembangunan yang disediakan oleh kerajaan Melaka dinikmati oleh semua rakyat yang tak mengira bangsa, agama mahupun politik. Bukan Wira hendak mengungkit usaha murni ni tetapi kita kena fahami satu konteks 'lupa', 'leka', 'lalai' adalah sinonim dalam perlakuan manusia. Untuk mengingatinya kita kena  'mengimbaukan semula usaha murni ini' sebab kita menikmati dengan penuh kesyukuran.

No comments:

Post a Comment