Thursday, February 10, 2011

Cabaran Khusrin Baru Bermula...

Teruskan perjuanganmu!!!!
Bila seseorang takut dengan bayang-bayang sendiri;  maka berlakulah pelbagai perlakuan yang kita fikirkan tidak masuk akal. Perlakuan di luar kewarasan sebagai manusia yang lebih tinggi darjatnya cukup hina bila menidak, menutup mahupun menganiaya rezeki sesama insan di muka bumi ini.

Terlalu jumud pemikiran seseorang bila diri rasa tergugat dengan kehadiran individu yang boleh memberi teguran positif demi kesejahteraan dunia dan akhirat. Inilah yang akan diharungi Datuk Mohd Khusrin selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Jelas sifat kebudak-budakkan Menteri Besar Selangor memberi kuasa terhad kepada Khusrin untuk menghadiri mesyuarat EXCO.

Inikah ketelusan pemimpin kebangaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor, jika mereka telus dan jujur dalam mentadbir kerajaan mengapa perlu takut bila hadir Setiausaha Kerajaan Negeri? Apa pun kami sentiasa mendoakan kesejahteraan sesama umat Islam... kami bangga sungguh bila Khalid menjadi Menteri Besar Selangor kerana kegagapannya tidak menghalang beliau menjadi pemimpin unggul.

No comments:

Post a Comment