Sesebuah kerajaan tidak akan terbentuk dengan baik jika para pemimpin yang menjadi peneraju negara mempunyai pendoman yang menyimpang daripada asal perjuangan sebenar. Kuasa rakyat semakin menjadi arah penentu negara hingga apa yang berlaku di beberapa negara Asia Barat tercetus ekoran 'gelombang kuasa rakyat' atau 'revolusi rakyat'.
Sehingga hari ini Pakatan Rakyat berusaha menyemai bibit-bibit gelombang rakyat bersifat haluan kiri yang jelas menyimpang demi kepentingan individu dan kumpulan tertentu dan bukan melihat kepada kebajikan rakyat 100%. Sejak PRU-12, Pakatan Rakyat sentiasa menggunakan rakyat sebagai benteng dalam menyebar luaskan agenda jahat yang cuba merobek keamanan dan kemakmuran Malaysia. 1 Malaysia telah dijadikan bahan propaganda Pakatan Rakyat untuk mempertikaikan hak peribumi orang Melayu dan agama Islam yang jelas hak ini tidak sama sekali perlu dipersoalkan kerana ia terkandung di dalam Perlembagaan Perkara 152 dan 153.
Apa yang berlaku di Asia Barat adalah disebabkan integriti kepimpinan terhapus dan rakyat hilang kepercayaan kepada pemimpin negaranya ekoran keadaan ekonomi, sosial dan politik yang tidak baik hingga sanggup gunakan kekerasan untuk mendapat keadilan sejagat. Tetapi di Malaysia, cukup berbeza. Kita hidup dengan keamanan, kemakmuran serta perpaduan kaum di samping menikmati ekonomi, sosial dan tahap politik yang cukup selesa. Lumrah pertikaian di antara pemimpin politik adalah satu kebiasaan kerana Malaysia mengamalkan sistem demokrasi.. Tetapi rakyat kita masih mencintai keamanan dan kemakmuran kerana kita sentiasa mengimbau serta mengingati noktah hitam 13 Mei yang cukup mendewasakan pemikiran kita.
Tetapi hanya generasi Baby Bom dan generasi X yang tahu akan sejarah terbentuknya Malaysia hingga kini generasi inilah yang cuba memastikan Malaysia sentiasa berada dalam negara yang aman sejahtera dan cuba mengelak dari menyentuh isu sensitif yang bakal memusnahkan hubungan kaum kita.
Bagi generasi Y adalah generasi yang cukup bijak dan sentiasa berinfomasi dengan capaian maklumat 1 trillion sesaat. Generasi ini tidak perlu untuk kita jelaskan 100% sesuatu peristiwa kerana hujung jari mereka sentiasa mendapat info terkini. Namun info-info ini dibimbangi ada yang cuba diubah mengikut asal hingga wujud pelbagai persepsi yang mampu memanipulasi pemikiran generasi Y.
Tak perlu untuk Wira bahas panjang lebar cuma fikirkan secara logik dan ilmiah pemberian subsidi yang Kerajaan Malaysia berikan dan bandingkan janji berunsur politik daripada Pakatan Rakyat. Hanya ini sahaja yang mampu Wira kongsi untuk Anda Semua..
Gula 1 Kg - Harga Kawalan (RM 2.10) - 2010 hingga 2011
Harga Sebenar (RM2.35) - 2010 & (RM2.50) - 2011
Subsidi Kerajaan (25 sen) - 2010 & (40 sen ) - 2011
Tepung 1 Kg - Harga Kawalan (RM 1.35) - 2010 hingga 2011
Harga Sebenar (RM1.80) - 2010 & 2011
Subsidi Kerajaan (45 sen) - 2010 & 2011
Minyak Masak (kampit) - Harga Kawalan (RM 2.50) - 2010 hingga 2011
Harga Sebenar (RM4.50) - 2010 hingga 2011
Subsidi Kerajaan (RM2.10) - 2010 & 2011
Minyak Masak (botol) - Harga Kawalan (RM 3.30) - 2010 hingga 2011
Harga Sebenar (RM5.40) - 2010 hingga 2011
Subsidi Kerajaan (RM2.10) - 2010 & 2011
Beras ST 15 (10 kg) -
Semenanjung Harga Kawalan (RM 18.00)
Harga Sebenar (RM22.00)
Subsidi Kerajaan (RM4.00)
Sabah & Sarawak Harga Kawalan (RM 19.00)
Harga Sebenar (RM23.00)
Subsidi Kerajaan (RM4.00)
No comments:
Post a Comment