Srikandi Malaysia... Teruskan perjuanganmu IBU |
Menjadi lumrah perasaan seorang ibu pasti mengundang pelbagai perasaan sedih jika anak yang dikasihi ditimpa malapetaka. Adakah salah isteri pemimpin negara rasa terpanggil untuk berperanan menjadi 'IBU' kepada semua rakyat di Malaysia.
Adalah terlalu jumud pemikiran kita jika usaha semurni ini dikategorikan sebagai usaha yang cukup hina dan negatif seolah-olah digambarkan ada niat yang tidak telus demi mendapatkan populariti politik semata-mata. Dan yang paling menyedihkan lagi bila mana usaha ini dikatakan pula seolah-olah membelakangi peranan Raja Permaisuri Agong... cukup jahat tuduhan yang cuba mentidakkan usaha murni Rosmah kepada rakyat Malaysia di Mesir.
Terbaru Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata “Peranan beliau (Rosmah) dalam misi ini nampaknya sudah melebihi tugasan seorang Menteri. Saya melihat keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Rosmah sebenarnya mahukan pengiktirafan dalam kerja kuatnya di Oman, Bahrain dan kini di Mesir".
Dan akhir dari kenyataan beliau dalam Harakahdaily, Zuraida mencabar Najib untuk meletakkan Rosmah di PRK DUN Merlimau untuk melihat populariti Rosmah sama ada diterima oleh rakyat Merlimau atau sebaliknya.
Hebat sungguh cadangan dan cabaran Zurida diberikan kepada Rosmah adakah perlu untuk Rosmah menyahut cabaran ini? adakah salah untuk Rosmah dikatakan Wanita Pertama di Malaysia.? jelas sekali ada pihak yang cuba melaga-lagakan dan meletak najis dalam perhubungan murni Rosmah dan Raja Permaisuri Agong. Tidakkah kita rasa bersalah untuk mengeruhkan hubungan silaturahim di kalangan kita sebagai hamba Allah s.w.t. Apa pun jenis kepercayaan atau didikan agama pasti niat memutuskan hubungan murni di antara manusia sejagat cukup dihindari kerana semua agama inginkan kedamaian serta perpaduan apa tah lagi keharmonian kita bersama.
Renungilah usaha Rosmah adalah telus dan tidak mempunyai agenda jahat sebagaimana fitnah yang sedang ditaburkan oleh pihak tertentu.. seseungguhnya penyakit hati sentiasa menyelubungi kita sebagai manusia biasa namun penyakit ini boleh dihindari dengan sentiasa mendekati ajaran agama.
No comments:
Post a Comment