Wednesday, February 23, 2011

Demi Islam Kita Bersatu - Harun Taib

Datuk Harun Taib, membuat teguran terbuka kepada Anwar bila tindakan Anwar terlampau sangat-sangat dengan memperlekehkan ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperingatkan kepada rakyat di negara ini agar berwaspada dengan fahaman pluralisme.

Walaupun Harun masih belum menerima laporan rasmi atas tindakan 'kurang ajar' Anwar menyentuh isu ini namun Harun memperingatkan dirinya sendiri jika perkara ini beliau lakukan juga seperti Anwar ia satu tindakan yang salah.. Adalah salah untuk umat Islam menyamakan agama Islam dengan agama lain dan ia mampu mengubah akidah umat Islam.. nauzubillah.

Harun turut menyatakan terdapat ayat Al-Quran yang membawa maksud bahawa orang yang menganut agama selain Islam, Allah tidak akan terima mereka di akhirat. Dengan perkataan lain, Al-Quran cukup jelas dan nyata untuk menjelaskan isu ini.


Amina Wudud menjadi Imam dan ini salah satu ajaran Pluralisme

No comments:

Post a Comment