Saturday, February 19, 2011

DUN Merlimau

Nak cari maklumat DUN MERLIMAU? Tak perlu susah-susah Wira dengan suka dan rela bagi maklumat yang ANDA kehendaki mahupun tahu dari semasa ke semasa. Kita mulakan dengan peta DUN Merlimau:-

Pandangan dari satelit kedudukan Merlimau, Melaka.

Dengan keluasan 45.174 km persegi Merlimau mempunyai pengundi seramai 10,767 orang dengan pecahan pengundi yang jelas:-
  1. Melayu - 10,088 (71%)
  2. Cina - 2,752 (19.4%)
  3. India - 1,314 (9.2%)
  4. Lain-Lain - 61 (0.4%)
Pastinya bila kita melihat pecahan pengundi ini pengundi Melayu adalah penentu kepada kemenangan mana-mana parti yang bertanding. Lantas Pakatan Rakyat sebulat suara pada 7 Februari 2011 telah mengumumkan calon PAS akan bertanding di DUN Merlimau. (Klik di sini untuk melihat Paparan video Pakatan Rakyat).

Manakala bagi Barisan Nasional akan meletakkan calon daripada parti UMNO yang dikatakan mempunyai populariti yang cukup baik dan calon ini juga adalah pilihan rakyat sebagaimana yang dikatakan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. (Klik di sini untuk bacaan artikel penuh).

Namun berjayakah PAS merampas kerusi tradisi BN. Sebanyak 2 kali PAS bertanding di kerusi ini (1999 dan 2008) namun kedua-dua penggal tersebut PAS masih lagi gagal menawan hati pengundi Merlimau. Namun ada sedikit peningkatan yang diperolehi PAS; tahun 1999 (BN-4,264 : PAS - 2,012) dan tahun 2008 (BN-4,981 : PAS - 2,827) yang jelas peningkatan berlaku sebanyak 815 undi.  Mungkinkah peningkatan ini bakal memberi semangat kepada PAS untuk terus mengorak langkah sejuta untuk menawan Merlimau?..

Manakala sejarah BN menduduki kerusi Merlimau sejak tahun 1995 hingga 2008 berlaku penurunan dan peningkatan tahap sokongan pengundi. Dan yang paling ketara sekali bila mana keputusan 2008 menurun sebanyak 1,351 undi [2004 (BN-6,332) : 2008 (BN-4,981)].  Adakah ini sedikit sebanyak gelombang tsunami yang dibawa oleh Pakatan Rakyat?


Keputusan PRU 2004 dan 2008 DUN Merlimau

Tapi kena juga lihat siapa yang bertanding dan sejarah politik pada ketika itu. Pada 2004 semangat Pakatan Rakyat masih belum wujud dan calon bertanding antara BN dan PKR. Apa pun kita tunggu dan lihat tindakan selanjutnya daripada Pakatan Rakyat menjelang 23 Februari merupaka hari keramat untuk kita mengetahui siapa calon yang akan bertanding. 

No comments:

Post a Comment