Thursday, February 24, 2011

Sijil Al-Azhar Syed dikatakan Palsu

Gambar Hiasan : Pastikan sijil akademik ANDA juga tidak palsu!!
Hari pertama kempen: Syed Ibrahim mnerima tuduhan yang cukup menghina kreadibiliti beliau sebagai mantan pelajar Al-Azhar bila ada individu dan kumpulan yang mempunyai niat jahat dengan menabur cerita bahawa sijil ijazah daripada Univerisiti Al Azhar dikatakan palsu.

Dengan pantasnya isu ini dicantas bila Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob telah menafikan kepada media massa bahawa tuduhan PAS adalah tidak benar sama sekali. Dan meminta pihak tersebut membuat laporan polis jika benar sijil tersebut adalah palsu.

Syed Ibrahim mempunyai sijil dalam bidang Bahasa Arab dari Universiti Al-Azhar dan sesiapa yang teringin sangat untuk mengesahkan sijil akademik calon BN, Menteri Besar Pahang mengalu-alukan untuk datang berjumpa beliau pada bila-bila masa sahaja.

Dalam hal ini, Wira amat mengalu-alukan jentera PAS seluruh Kerdau untuk bertemu Menteri Besar Pahang untuk mengesahkan perkara ini. Tak baik canangkan ceta yang berunsur fitnah... hukum Allah ada menyatakan dosa fitnah itu lebih besar daripada dosa kita membunuh orang. Mari kita renungi bersama.

No comments:

Post a Comment