Sunday, February 20, 2011

MERLIMAU DAN KERDAU SERENTAK

BN tidak merasa gusar atau bimbang jika berlaku sekali lagi Pilihan Raya Kecil serentak seperti sebelum ini PRK DUN Galas dan PRK Parlimen Batu Sapi. Calon BN bagi DUN Kerdau akan diumumkan sendiri oleh Datuk Seri Najib Razak pada 22 Februari di Pagoh manakala Dato' Seri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan calon BN Dun Merlimau pada 23 Februari di Muar.

Mudah-mudahan untuk kali ke-15 PRK ini dapat membuka mata semua pihak bahawa pilihan rakyat semakin berada di landasan yang sebenarnya dan tidak lagi dibuai dengan mimpi-mimpi indah sebagaimana yang dijanjikan oleh pihak yang tidak langsung bertanggungjawab.

Cerita pasal PRK ni Wira cukup terkilan ada pihak yang nak membawa gelombang kemusnahan Mesir ke negara Malaysia yang cukup aman dan hidup harmoni. Dikatakan PRK di negara kita ini telah menolak hak sebenar rakyat hingga kemenangan beberapa PRK milik BN dikatakan tidak telus dan wujud penyelewengan...

Ada jugak mengatakan kawan-kawan mereka di Asia Barat tu bertindak betul untuk mendapatkan hak sebenar mereka daripada kerajaan yang memerintah. Wira cuma ingin bertanya adakah selama Malaysia Merdeka dari tahun 1957 rakyatnya dizalimi...adakah negara ini ekonominya merosot hingga terpaksa berhutang dengan BANK DUNIA... adakah perpaduan dan keharmonian di negara kita kucar kacir.

Kalo macam inilah keadaannya kita akan lihat PRK kali ke-15 ini pastinya ada pihak akan gunakan isu Mesir sebagai bahan kempen untuk menawan kerusi Kerdau dan Merlimau. Keratlkan jari keyboard Wira jika isu ini tidak digunakan dalam ceramah politik mereka.... kita tunggu dan lihat..

1 comment:

  1. Salam,

    Tak ada masalah kalo serentak dan inilah masa nak buktikan lagi PRK milik sapa..

    ReplyDelete